Alexis Sanchez telah mendedahkan bahawa beliau mahu meninggalkan Manchester United hanya selepas sesi latihan pertamanya di Old Trafford.
Sanchez yang kini sudah berusia 31 tahun telah menceritakan bagaimana mimpi buruk yang beliau alami sebaik sertai setan merah dari Arsenal.
Pemain kebangsaan Chile itu menyertai Manchester United melalui pertukaran pemain antaranya dan Henrikh Mhkitaryan pada Januari 2018.
Alexis Sanchez admits he asked his agent if he could leave Manchester United and return to Arsenal after his first training session.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 4, 2020
Beliau menerima tawaran luar biasa lumayan ketika itu dengan ditawarkan gaji bernilai £500,000 seminggu.
Namun Alexis Sanchez cuma berjaya menjaringkan lima gol sahaja dari 45 penampilan beliau bersama pasukan setan merah sebelum dipinjamkan ke Inter Milan.
Sanchez secara kontroversinya mendakwa bahawa beliau mahu menamatkan kontraknya bersama setan merah dan mahu kembali ke Arsenal hanya selepas sesi latihan pertamanya di Old Trafford.
Melalui satu video yang dimuat naik, Sanchez menyatakan:
“Saya mahu memberitahu anda tentang waktu saya di United, tentang banyak perkara yang telah diperkatakan dan menjadikan saya nampak teruk.”
“Saya mendapat peluang untuk menyertai Manchester United dan ia sesuatu yang menggembirakan saya. Ia satu hal yang sungguh bagus untuk saya, ini kerana ketika saya masih kanak-kanak, saya sangat meminati setan merah.”
Alexis Sánchez: ‘After the first training session I had at Man United I realized many things, and when I got back home I asked my agent if I could cancel the contract and go back to Arsenal’. pic.twitter.com/u4uzDPlMFW
— Patrick Timmons (@PatrickTimmons1) September 4, 2020
“Saya akhirnya menandatangani perjanjian tersebut tanpa mengatahui informasi lain yang mungkin akan berlaku selepas perpindahan selesai.”
“Hari pertama saya bersama rakan sepasukan yang lain, saya merasakan sesuatu hal yang kadang kala anda hanya akan dapat rasakannya bila anda tiba disana.”
“Pertama kali saya menjalani latihan saya sedar akan banyak hal. Pulang ke rumah saya terus memberitahu ejen saya bolehkah saya menamatkan kontrak saya dan saya mahu kembali ke Arsenal?”
“Mereka mula ketawa dan saya cuba jelaskan kepada mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada saya ketika itu. Tetapi perjanjian sudah ditandatangani.”
Sanchez terus menyambung perbualan dengan mengingati kembali detik ketika beliau bersama Jose Mourinho yang membuatkan beliau berasa sungguh sedih.
I wanted to leave Man Utd after one day with Mourinho, return to Arsenal – Alexis Sanchez https://t.co/89hGIsPF8R pic.twitter.com/G3iBqkiINI
— Daily Post Nigeria (@DailyPostNGR) September 4, 2020
“Dalam satu perlawanan menentang West Ham saya tidak dipilih. Ianya tidak pernah berlaku kepada saya sepanjang bergelar pemain. Ianya mengganggu saya dan saya rasa ianya tidak mungkin.”
“Untuk menjadi dari salah seorang pemain terbaik dalam saingan premier league menjadi seorang pemanas bangku simpanan selama hampir lima bulan.”
“Saya pulang ke rumah dan saya rasa sangat sedih. Keesokkan harinya saya membuat latihan berganda, ianya kerana saya suka dengan apa yang saya buat.”
“United tewas perlawanan tersebut kepada West Ham dan Mourinho dipecat beberapa bulan selepas itu dengan Ole Gunnar Solskjaer dipilih sebagai pengganti beliau.”
Dan ketika itu juga Sanchez telah bercakap dengan Ole untuk memastikan beliau dapat keluar dari Manchester United.
“Kemudian pengurus baru pon tiba, pengurus yang sama dengan sekarang, lalu saya memutuskan untuk bercakap dengannya. Saya memberitahu dia bahawa saya perlu berehat dan peluang untuk pergi ke Inter. Dia pon memberitahu saya bahawa dia akan tunaikan, ianya tiada sebarang masalah.”
Jelas Sanchez lagi.
“Penulis dan wartawan banyak keluarkan berita tanpa mengatahui keadaan sebenar dan ia sangat mengganggu saya. Ia sungguh menyakitkan.”
“Sejak mereka semua perlu mencari seseorang untuk dipersalahkan, mereka memilih saya untuk dipersalahkan.”
Sanchez mengakhiri pendedahan itu dengan menyatakan bahawa beliau sangat terganggu dengan hal-hal yang tidak berjalan seperti apa yang sepatutnya.
Alexis Sanchez on joining Manchester United: “After the first training session, I realised many things & when I got back home, I told my agent if I could cancel the contract & go back to Arsenal.” [@patopeloteros – translation via @OsmanZtheGooner] #afc pic.twitter.com/xfvVWKPDO2
— afcstuff (@afcstuff) September 3, 2020
“Saya cuma boleh mengucapkan terima kasih kepada United kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya. Tetapi apa yang buat saya rasa terganggu adalah banyak perkara yang berjalan tidak seperti apa yang sepatutnya.”
“Sekiranya aura yang berlaku lebih positif, ia pasti akan menghasilkan suasana yang berbeza. Saya menceritakan ini kerana saya sudah melepasi fasa untuk belajar menjadi seorang pemain dan manusia.”