The Egyptian king, Mohamed Salah terus mempamerkan aksi cemerlang beliau dalam membantu jentera serangan Liverpool.
Bekas bintang Chelsea dan AS Roma itu secara rasminya telah berjaya mencetak 100 gol untuk Liverpool selepas mencipta jaringan yang cukup cantik menewaskan Jordan Pickford dalam perlawanan merseyside derby semalam.
Gol tersebut telah terhasil pada minit ke-72 perlawanan yang mana ketika itu Salah menerima bola clearance lemah daripada Yerry Mina.
NEW: Mo Salah becomes third-fastest player to 100 goals in Liverpool history https://t.co/aj4EQObtxw
— This Is Anfield (@thisisanfield) October 17, 2020
Mo Salah selepas menerima bola sesedap rasa dari Mina itu terus melepaskan rembatan half volley yang cukup padu menerjah gawang gol Everton.
Jordan Pickford jelas tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan bola tersebut terlalu padu untuk diselamatkan olehnya.
Mohamed Salah telah berjaya menjaringkan 100 gol untuk skuad kendalian Jurgen Klopp dari 159 penampilannya bersama The Reds.
#MoSalah great goal against #Everton … 👑 pic.twitter.com/3eF92bFZLY
— Bill Sharp (@BillSharph) October 17, 2020
Kejayaan tersebut menjadikan beliau sebagai pemain ketiga terpantas dalam sejarah Liverpool untuk menjaringkan 100 gol.
🚀 Mo Salah is the third-fastest to hit 100 goals in the history of LFC! pic.twitter.com/2VSKWSzQ0I
— This Is Anfield (@thisisanfield) October 17, 2020
Hanya Roger Hunt dan Jack Parkinson sahaja pemain yang telah menjaringkan 100 gol untuk Liverpool lebih cepat berbanding Mo Salah dengan masing-masing berjaya mencetak gol ke-100 selepas perlawanan ke 144 dan 153.
Salah telah menerima pelbagai pujian di media sosial atas kejayaan manisnya menjaringkan gol ke-100 untuk Liverpool dan tidak terlepas penaja utamanya, Adidas turut memuat naik video khas untuk mengucapkan tahniah kepadanya.
Faster than the greats.
Welcome to the 💯 club, @MoSalah.#XGhosted pic.twitter.com/GCYgl6xWc8— adidas Football (@adidasfootball) October 17, 2020
Salah juga merupakan pemain pertama berjaya mencetak 100 gol untuk Liverpool sejak kali terakhir dilakukan oleh Steven Gerrard pada tahun 2008.
Dan Mohamed Salah merupakan pemain ke-17 yang berjaya mencipta kejayaan tersebut selepas 128 tahun sejarah penubuhan kelab.
Dalam perlawanan merseyside derby semalam, Liverpool bermula dengan sangat garang dan terus mengasak kubu Everton usai perlawanan bermula.
Hal ini kerana mereka menyedari kerapuhan benteng skuad kendalian Carlo Ancelotti itu walaupun mempunyai jentera serangan dan tengah yang padu.
الغالي #MoSalah
100 🔥🔥 pic.twitter.com/WdWxUa1Eve— المش مهندس خالد 3 (@3Kalad3) October 17, 2020
Seawal minit ketiga Sadio Mane telah meletakkan Liverpool di depan dengan satu rembatan padu jarak dekat yang tidak mampu untuk Jordan Pickford memberi sebarang tindak balas.
Gol itu terhasil daripada satu hantaran cantik Andrew Robertson yang tepat menghantar bola ke kaki Mane anak Pak Imam.
Everton berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit selepas itu hasil dari sepakan penjuru James Rodriguez yang berjaya disempurnakan oleh Michael Keane.
Gol cantik menarik tertarik da bomb, Mo Salah merupakan gol kedua untuk Liverpool dalam perlawanan ini dan juga gol pendahuluan untuk the reds mendahului Everton 2-1.
100 @LFC goals for Mo Salah – are there still any doubters? pic.twitter.com/hftHyilxzE
— Dave Flanagan (@daveflanagan) October 17, 2020
Namun kegembiraan untuk anak-anak buah Jurgen Klopp tidak kekal lama selepas Dominic Calvert Lewin berjaya untuk menjaringkan gol penyamaan seterusnya menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2.
Walau pelbagai kontroversi telah melanda perlawanan ini terutama pertikaian tentang keputusan VAR, namun ianya tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan yang berkesudahan dengan seri 2-2.