Salah Main Ragbi Ketika Premier League Cuti Rehat?

Mohamed Salah memilih jalan lain ketika Premier League cuti rehat berbanding rakan-rakan yang lain memilih untuk pergi makan angin bagi memanfaatkan dan menikmati cuti yang ada.

Salah tidak memilih untuk terbang ke persisiran pantai untuk menikmati kehangatan cahaya mentari atau pergi ke Timur Tengah atau ke laur negara untuk bersantai.

Pemain sayap itu sebaliknya menghabiskan masa rehat dengan bekerja keras di gimnasium di pusat latihan Melwood, Liverpool sahaja.

View this post on Instagram

Back from the holiday I didn’t go on 😄

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah) on

Roberto Firmino dan teman hidupnya telah dilihat berada di Maldives untuk menikmati kehangatan dan keindahan laut serta sentuhan bayu yang membelai begitu juga dengan Fabinho.

Virgil van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain pula memilih Dubai dan sempat mengadakan perlawanan persahabatan menentang antara satu sama lain.

Adam Lallana telah memilih lokasi berbeza dengan pergi ke Amerika Syarikat menyaksikan perlawanan bola keranjang, NBA antara Miami Heat dan Philadelphia 76ers.

Midfield maestro, Georginio Wijnaldum pula menikmati cuaca panas di United Arab Emirates.

Namun telah tular satu video Salah telah bermain ragbi ketika ini bagi menghilangkan kebosanan kerana tiada aksi sebenar di padang bola.

Video yang berkualiti 3GP tersebut memaparkan satu sosok tubuh yang seiras melakukan larian kencang melepasi pemain lawan sebelum try terhasil.

Jika diamati dari gaya rambut dan jambang memang sebiji serupa Salah. Nampak sama tapi bukan dia.

Kalau ada yang percaya tak tau nak cakap apa la.

https://www.facebook.com/113408470078090/videos/837318443360361/

Pemain ragbi dalam video tersebut yang cocok kelihantannya seperti Mohamed Salah itu merupakan pemain bintang pasukan ragbi, Salford Red Devils yang bernama Rhys Williams.

Rhys William melakukan try yang epik itu ketika perlawanan menentang Toronto Wolfpack dan aksi lincahnya itu mirip dengan aksi Salah di padang.

Dalam perlawanan itu Rhys William telah berjaya membantu Salford Red Devils menewaskan Toronto Wolfpack 24-16.

Apa yang berbeza adalah Rhys William menggunakan tangan, Salah menggunakan kaki.

Inilah wajah sebenar Rhys William, Mo Salah di Liga Ragbi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.