Saksikan Skill & Gol Ansu Fati Bantu Sepanyol Tewaskan Ukraine

Ansu Fati pasti akan mengenang permulaan pertamanya di dalam kesebelasan utama Sepanyol, apabila penyerang Barcelona itu berjaya menjaringkan satu gol, sambil menghasilkan satu assist pada babak pertama perlawanan.

Pemain remaja itu layak untuk menyaring jersi Guinea-Bissau, namun memilih untuk bersama Sapanyol dan diberikan debut sebagai pemain gantian menentang Jerman pada minggu lalu, sebelum membarisi kesebelasan utama menentang Ukraine pada awal pagi tadi di Kejohanan UEFA Nations League.

Hanya dua minit berada di atas padang, pemain berusia 17 tahun ini sudah pun menghasilkan impak di pentas antarabangsa. Fati melakukan nutmeg terhadap seorang pemain pertahanan, berlari ke arah kotak penalti, dan lawan terpaksa menjatuhkan beliau untuk meraih sepakan penalti yang disempurnakan oleh Sergio Ramos.

Dua tahun lalu, Fati turut tidak menunggu lama untuk menghadirkan impak di Nou Camp, apabila menjaringkan gol pada penampilan keduanya.

Dan pada penampilan kedua untuk skuad Luis Enrique, Fati menjadi pemain termuda menjaringkan gol untuk Sepanyol pada minit ke-32 perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Fati yang menerima bola di sebelah kiri serangan, melakukan satu cut inside menewaskan pertahanan lawan, kemudiannya melepaskan satu rembatan yang melencong ke penjuru bawah gawang.

Pada awal musim panas ini, Manchester United dinamakan sebagai pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini dengan tawaran €150 juta, namun Barcelona telah menamakan Fati sebagai salah seorang pemain yang tidak akan dilepaskan.

Fati dilaporkan mempunyai klausa pelepasan bernilai €170 juta, dan Barcelona berharap dapat melanjutkan kontrak pemain muda itu sekalgus menaikkan nilai klausa tersebut.

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.