Saksikan Kompilasi Skil Nakal Roberto Firmino Matikan Langkah Lawan

Roberto Firmino sememangnya dikenali sebagai seorang pemain yang penuh dengan tipu helah.

Penyerang Brazil itu pada hari ini disifatkan sebagai salah seorang penyerang baka ‘False 9’ terbaik di dunia.

Kebangkitan prestasi Firmono sejak menyertai The Reds – terutama di bawah bimbingan Jurgen Klopp turut menyerlah.

Buktinya, Firmino telah menjaringkan 77 gol dari 235 penampilan untuk Liverpool sejak berhijrah ke kelab Merseyside itu pada 2015.

Pencapaian terbaik Firmino bersama Liverpool semestinya apabila membantu kelab tersebut muncul juara UEFA Champions League pada musim lalu.

Musim ini Firmino juga dianggap fenomena dalam membantu Liverpool tampil sebagai pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 25 mata di puncak liga.

Namun aksi Firmino bukan sahaja kerana kebolehan beliau menjaringkan gol untuk Liverpool. Firmino dianggap antara pemain yang memiliki kepintaran luar biasa.

Gerak langkah beliau sering kali mematikan langkah lawan. Lebih memeritkan ialah pada ketika pemain lawan berpendapat sudah mengawal keadaan, di situlah Firmino akan menampilkan magisnya.

Di bawah ini, kami kompilasikan 15 situasi di mana Firmino memperagakan aksi menarik melepasi halangan pemain pertahanan lawan:

 

1. Firmino vs Víctor Camarasa

Aksi ini sudah pasti merupakan nutmeg yang amat memeritkan buat Camarasa.

2. Firmino vs Roberto Soldado

Aksi ini pula buatkan Soldado insaf bermain di England.

3. Firmino vs Mason Holgate

Pengajaran berguna buat pemain muda dan seteru Merseyside.

4. Firmino vs Ignazio Abate

Pra musim pun Firmino tak beri muka.

 

5. Firmiino vs Aleksandar Rajcevic

Penjarannya jangan kawal body to body bila bertahan.

6. Firmino vs Adrian

Gol tak tengok. Betul ke tranlate begitu?

7. Firmino vs pemain Newcastle

Dorang masih cari bola ke tu?

8. Firmino vs Troy Deeney

Inilah yang berlaku apabila penyerang jadi pemain pertahanan.

9. Firmino vs David Luiz

Kalau boleh, memang tak nak share yang ini.

10. Firmino vs Dani Ceballos

Kejam sangat

11. Firmino vs Gareth McAuley

Kadang-kadang kena pasrah bagi free kick.

12. Firmino vs Shkodran Mustafi, Sokratis dan Lucas Torreira

Tiga sekali dia tapau kot.

13. Firmino vs Carlos Cuesta

Rabona pun dia buat.

14. Firmino vs Alexsandar Kolarov

Sikit lagi.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.