Saksikan Hatrik Jamie Vardy Benam Man City 5-2, Lonjak Leicester Ke Persada Liga

Jamie Vardy menjaringkan hatrik untuk membantu Leicester City menewaskan Manchester City dengan jaringan 5-2 di Stadium Etihad pada awal pagi tadi.

Man Citu mendahului perlawanan seawal minit ke-4 melalui rembatan kaki kanan padu Riyad Mahrez. Namun permulaan bakm itu nyata tidak kekal buat skuad kendalian Pep Guardiola.

Kyle Walker kemudiannya menjatuhkan Vardy di dalam kotak penalti, dan penyerang prolifik itu menyempurnakan sendiri sepakan yang diberi pengadil.

Penyerang berusia 33 tahun itu kemudiannya menjaringkan gol kedua dalam perlawanan ini pada minit ke-54 apabila dengan bersahaja melakukan flik untuk mengelirukan Ederson.

Tidak cukup dengan itu, Vardy sekali lagi dikasari dan satu lagi penalti disempurnakan untuk melengkapkan hatrik.

Ia adalah persembahan luar biasa dari penyerang veteran itu setiap kali berhadapan dengan skuad kendalian Guardiola.

Vardy kini merekodkan 8 gol di Premier League dan satu assist dari 9 perlawanan berhadapan Man City.

Vardy juga menjadi pemain pertama menjaringkan dua hatrik menentang skuad yang dikendalikan Guardiola.

James Maddison dan Nathan Ake kemudiannya mencetak nama sebagai penjaring, sebelum Youri Tielemans melengkapkan hari penuh kesengsaraan buat City.

 

Barisan pemain

Manchester City (4-2-3-1) Ederson; Walker, Garcia, Ake, Mendy; Fernandinho, Rodri; Mahrez, De Bruyne, Foden; Sterling.

Substitutes: Steffen, Laporte, Zinchenko, Doyle, Palmer, Torres, Delap.

Leicester City (5-4-1) Schmeichel; Castagne, Amartey, Evans, Soyuncu, Justin; Praet, Tielemans, Mendy, Barnes; Vardy.

Substitutes: Ward, Fuchs, Maddison, Albrighton, Choudhury, Iheanacho, Perez.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.