Saksikan Gol Tandukan Melawan Graviti Ronaldo Yang Selamatkan Juventus Dari Diaib Roma

Cristiano Ronaldo sekali lagi membuatkan ramai pemerhati dan peminat sukan bola sepak terkesima dengan kemampuannya untuk meloncat dan menanduk bola.

Kali ini Ronaldo melakukannya untuk menghasilkan gol penyamaan penting untuk mengelakkan Juventus diaibkan oleh Roma.

Roma menyambut ketibaan juara Itali itu di Stadio Olimpico dalam perlawanan pada malam tadi, dan terlebih dahulu berada di hadapan melalui jaringan Jordan Veretout pada babak pertama perlawanan.

Ronaldo kemudiannya menyamakan kedudukan dari sepakan penalti sebelum Vereout sekali lagi memastikan Roma selesa mendahului 2-1 sebelum tamat saingan babak pertama.

Skuad kendalian Andrea Pirlo kelihatan semakin sukar selepas itu setelah Adrian Rabiot dilayangkan kad merah pada minit ke-62 kerana melakukan terjahan liar dari belakang terhadap pemain lawan.

Tetapi Ronaldo enggan menyerah kalah apabila bintang Portugal berusia 35 tahun itu melonjak tinggi untuk menyambut hantaran lintang Danilo, sekali gus menyamakan kedudukan buat Juventus.

Dua gol oleh Ronaldo itu sekali gus memberikan satu mata buat Juventus yang kini berada di kedudukan ke-4 selepas dua perlawanan Serie A setakat ini.

Bukan kali pertama

Loncatan Ronaldo bukan kali pertama mengkagumkan dunia bola sepak.

Masihkah anda ingat akan lutut beliau yang hampir mencecah ketinggian Patrice Evra ketika membantu Real Madrid menewaskan Manchester United beberapa musim yang lalu?

blank

Tidak boleh dinafikan, ketinggian lonjakan oleh Ronaldo untuk menanduk bola boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dunia bola sepak saksikan.

Rahsia di sebalik lompatan Ronaldo

Menggunakan ujian biomekanik yang dilakukan oleh University of Chichester pada 2011, keupayaan lompatan oleh Ronaldo dikatakan bersamaan lima kali keupayaan seekor Cheetah.

Menurut Dr. Neal Smith, lompatan Ronaldo kelihatan terapung di udara disebabkan oleh kedua-dua kakinya yang diangkat ke belakang ketika lompatan dilakukan.

Ini membenarkan beliau berada di udara untuk tempoh lebih lama.

Kemampuan melakukan lompatan sebegitu juga turut dikaitkan dengan DNA. Ronaldo dilahirkan dengan otot yang mampu memberi responsif cepat (fast-twitch muscles), yang mampu menjana kepantasan.

Ini tidak bermakna anda sado seperti Ronaldo, maka anda mampu melompat dengan tinggi seperti beliau.

Atlet seperti Ronaldo juga dikaitkan dengan rejim latihan sejak kecil seperti melakukan lompatan dengan membawa bebanan, atau melomat ke atas kotak pada ketinggian tertentu untuk melatih lonjakan dan pendaratan.

Untuk melompat tinggi, seorang atlet juga memerlukan otot betis, bahagian hamstring, den otot paha hadapan yang kuat.

View this post on Instagram

Blessed 🙏

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Apabila anda berada di udara, anda juga memerlukan otot perut (abdomen) yang kuat, yang membolehkan anda menggerakkan otot belakang, otot bahu dan leher untuk memimpin (menanduk) bola lebih tinggi.

Pemain seperti Ronaldo menggunakan latihan mengangkat pemberat yang sangat berat dalam beberapa bahagian untuk membangunkan otot-otot ini.

Semasa sesi latihan bh, Ronaldo yang memiliki berat 85kg akan mampu menaikkan berat dengan jumlah yang sama dengan lebih daripada 16 kereta Toyota Prius.

Diet juga memainkan peranan. Patrice Evra pernah berkongsi bagaimana berat dan sukarnya mengikuti rejim pemakanan yang diamalkan oleh Ronaldo.

Atlet seperti Ronaldo akan banyak mengambil makanan berasaskan protein seperti ikan, telur dan daging, Hanya sedikit gula dan karbohidrat digunakan untuk tujuan pengumpulan tenaga yang digunakan ketika latihan.

Ini menjelaskan mengenai laporan perubatan Ronaldo yang membuatkan doktor kagum ketika beliau baru menyertai Juventus.

Badan Cristiano Ronaldo hanya mengandungi 7% lemak dan ianya kurang hampir 3% daripada kandungan lemak dalam badan yang dimiliki oleh atlet sukan profesional di dunia.

Otot (muscle) beliau pula 4% lebih tinggi daripada purata atlet profesional yang lain pada kadar 50%. Ini adalah rumusan daripada perubatan beliau:

Kandungan lemak: 7% (purata atlet profesional pada kadar 10-11%). Komposisi otot: 50% (purata atlet profesional pada kadar 46%)

Rumusan

Tidak semua manusia atau pemain bola sepak mempunyai bakat seperti Cristiano Ronaldo. Apatah lagi displin diri ketika latihan dan dalam aspek penjagaan makanan.

Ia memerlukan banyak pengorbanan peribadi. Tidak hairanlah mengapa pemain seperti beliau dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada hari ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.