Saksikan Eden Hazard Pamer Ketajaman Dengan Gol Rabona Ketika Latihan

Eden Hazard telah menjaringkan gol rabona ketika sesi latihan Real Madrid dan penyokong Los Blancos pasti sudah tidak sabar untuk melihat pemain itu kembali beraksi.

Pemain antarabangsa Belgium itu sebelum ini terpaksa berehat selama sebulan selepas hanya beraksi tiga perlawanan La Liga pada musim ini.

Penampilan Hazard di dalam latihan kali ini tampak tajam, dan semakin menghampiri tahap terbaiknya. Perkembangan terbaru ini pasti melegakan pengendali pasukan, Zinedine Zidane yang amat memerlukan khidmat pemain seperti Zidane.

Gol rabona dijaringkang oleh Hazard telah dikongsikan oleh Real Madrid di dalam Twitter.

Ketika bola dilorong kepada Hazard, ianya kemudiannya disambut dengan rabona yang menuju ke penjuru atas gawang, sambil membuatkan penjaga gol hanya mampu terpaku.

Sudah pasti Zidane berharap tahun 2021 akan membawa lebih banyak sinar dari Hazard untuk skuad Los Blancos.

Ini bukan kali pertama pemain itu menghasilkan jaringan rabona, dan turut pernah menghasilka skil yang sama ketika Real Madrid menewaskan Eibar 4-0 pada November lalu.

Bercakap kepada media sebelum ini, Hazard menekankan betapa pentingnya perlawanan kompetitif untuk dirinya.

“Menjaringkan gol amat penting buat saya, tetapi apa yang terutama ialah untuk menang.

“Saya perlukan lebih banyak perlawanan, lebih banyak minit beraksi, untuk menambah keyakinan dan ketajaman [dalam permainan]”

Skuad kendalian Zinedine Zidane kini berada di kedudukan kedua La Liga dan akan berhadapan dengan Elche pada Rabu ini.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.