Sains: Berapakah Potensi Maksimum Manusia Berlari Dalam Jarak 100 Meter?

Pernahkah anda tertanya-tanya, berapakah had kepantasan masa maksimum seorang manusia boleh berlari dalam jarak 100m?

Suatu ketika dahulu ramai yang menganggap adaah mustahil untuk manusia berlari di bawah 13 saat dalam jarak 100 meter.

Evolusi dalam sains sukan dan penambahbaikan teknik larian menyaksikan manusia berlari pada kadar 10 saat dalam jarak 100 meter.

Lalu timbul teori bahawa, tidak mungkin akan ada manusia berlari di bawah 10 saat untuk 100 meter. Ini kerana, mereka akan berlari 1 saat untuk setiap 10 meter. Tidak!

Manusia boleh berlari di bawah 10 saat. Hampir dalam semua temasya besar olahraga dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pelari yang memenangi pingat berlari di bawah 10 saat.

Buat masa ini, rekod dunia 100 meter adalah dipegang oleh Usain Bolt yang berlari pada kadar 9.58 saat dalam jarak 100 meter.

Foto – CNN

Lalu para saintis dan ahli biologi melakukan kajian tentang had maksimum yang boleh dicapai oleh manusia untuk berlari pada jarak 100 meter.

KAJIAN MARK DENNY

Pada 2008, satu kajian telah diterbitkan dalam bentuk journal. Journal tersebut diberi nama Journal of Experimental Biology yang diketuai pakar biogio Mark Denny.

Mark Denny mengkaji ‘pattern’ kelajuan manusia dalam acara 100 meter berdasarkan rekod dari awal 1900-an. Beliau melakar ia dalam bentuk graf.

Beliau mendapati rekod Usain Bolt pada paras 9.58 meter itu bukan mustahil untuk dipecahkan. Ini bermakna had kelajuan manusia berlari ada potensi yang lebih tinggi.

Beliau juga membuat kajian tentang kadar larian seekor anjing. Dalam satu kajian yang membandingkan kelajuan anjing pada 1950 dengan 1970, beliau mendapati graf larian tersebut tidak begitu berbeza.

“Jika anda melihat kepada carta perbandingan spesis lain, kita akan mendapati yang manusia adalah spesis yang berlari semakin laju. Buat masa ini, kami tidak pasti berapa had yang maksimum untuk manusia.”

Evolusi kepantasan manusia dalam berlari boleh dikatakan mengagumkan berbanding dengan spesis hidupan berkaki yang lain.

KAJIAN PETER WEYAND

Pakar statistik dan bio-mekanikal, Peter Weyand pula mengemukakan teori berdasarkan model yang berbeza. Peter Weyand banyak melakukan kajian tentang bio-mekanikal para atlet di pelabagai jenis sukan di seluruh dunia.

Foto – Dallas Morning News

“Apabila atlet menjejak tanah untuk berlari, mereka menjadikan kaki mereka seperti kayu pogo (rujuk gambar).”

Foto – Vuertego

“Kaki mereka akan menolak badan mereka untuk melantun, apabila badan di udara, kaki mereka sedia untuk menlonjak lagi.”

“Ketika kaki seorang menyentuh tanah, badan mereka 90% dalam keadaan tegak dan hanya 5% sahaja ia condong. Maksudnya di sini, pelari pecut seperti sebiji bola. Mereka melantun dengan banyak.”

“Kepantasan larian manusia bergantung kepada teknik mereka melonjak. Semakin kuat kita melonjak, semakin laju kita berlari.”

Pada 2010, satu kajian telah dijalankan dengan saintis menguji seorang perlari di atas sebuah treadmills.

Foto – Peter Weyand Twitter

Perlari tersebut diarahkan berlari pada kadar yang tinggi dalam disiplin berlari ke hadapan, ke belakang dan berlari sambil melompat.

Hasilnya, 30% daripada kelajuan manusia itu dipengaruhi berapa lama kaki manusia berada di udara. Lalu, Weyand dan saintis beliau berpendapat, manusia boleh berlari sehingga 19.3 meter dalam 1 saat.

Jika kadar ini konsisten dilakukan, ini bermakna, manusia boleh berlari dalam masa 5.18 saat dalam jarak 100 meter.

Kelajuan ini jauh lebih laju daripada seekor Cheetah yang boleh berlari 6 saat dalam jarak 100 meter. Cheetah terpantas bernama Sarah setakat ini mencatatkan 5.95 saat dalam jarak 100 meter.

Ini selepas satu ujian dijalankan oleh Nat Geo. Anda boleh baca dalam artikel kami bertajuk:

Pertarungan Usain Bolt Dan Sarah Si Cheetah, Siapa Lebih Laju?

Namun, itu hanya teori yang melibatkan larian sempurna dengan keadaan konsisten. Dalam keadaan lebih praktikal, seorang perlari tidak mungkin akan dapat mengekalkan frekuensi larian mereka.

Aspek henjutan momentum ketika permulaan dan saiz badan manusia yang berbeza juga menjadikan bukan mudah untuk mencapai had maksimum itu.

Justeru, Weyand mengemukakan teori yang lebih realistik. Beliau berpendapat yang Sains bukanlah terlalu bagus dalam mengemukakan ramalan untuk sesuatu yang ‘exreme’.

“Saya hanya boleh katakan yang berlari di bawah 9 saat itu memang tidak mustahil.”

Sains dan teknologi telah banyak membantu dalam memaksimumkan kadar larian seorang manusia. Ramai atlet yang disuntik dengan dos untuk menukar kadar mekanikal otot mereka. Terdapat juga saintis yang pakar dalam mengubah fiber otot manusia.

RUMUSAN

Rumusannya, angka 5.18 saat adalah angka sempurna untuk seorang perlari yang konsisten mengekalkan larian dan lonjakan maksimum daripada titik permulaan ke titik 100 meter.

Berdasarkan kajian Weyand, rekod Usain Bolt 9.58 saat adalah bukan sesuatu yang mustahil. Beliau juga yakin yang dalam beberapa tahun akan datang, akan ada ramai perlari pecut berlari di bawah 9 saat untuk 100 meter.

RUJUKAN

Popsci

Top End Sport

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.