Said Benrahma: Pakar Nutmeg Bernilai £30 Juta Milik West Ham

Said Benrahma secar rasmi telah menandatangani kontrak bersama West Ham dari Brentford dalam perjanjian yang boleh melonjak sehingga £30 juta.

Pemain berusia 25 tahun itu kini menyertai The Hammers secara pinjaman terlebih dahulu melibatkan bayaran yuran £5 juta.

West Ham bagaimanapun perlu menjadikan perjanjian pinjaman tersebut sebagai perpindahan tetap dengan bayaran £20 juta, beserta nilai tambah lain £5 juta.

Benrahma gembira sertai West Ham

Pemain tersebut telah melengkapkan ujian kesihatan pada Khamis namun terdapat isu baru timbul sebelum ianya diselesaikan untuk membenarkan proses Benrahma menyertai West Ham disahkan pada Jumaat.

Said Benrahma berkata beliau telah menyertai salah sebuah kelab yang besar dan bersejarah apabila menyertai West Ham.

“Saya sukakan prospek [bermain di Premier League]. Saya bermain bola sepak untuk berseronok, namun ia juga sesuatu yang manarik untuk mengetahui diri anda akan beraksi di liga paling banyak mendapat tumpuan di seluruh dunia. Maka saya kini menanti masanya untu menampilkan apa saya mampu lakukan.

“West Ham adalah sebuah kelab penuh dengan sejarah, dan telah berada di Premier League sejak sekian lama. Ia pernah dan masih memiliki ramai pemain yang hebat. Ia adalah sebuah kelab yang penting di England.”

Pakar nutmeg

Pengurus pasukan David Moyes juga berkata: “Kami sememangnya mencari pemain yang dahagakan kemajuan dan mahu menjadi pemain yang lebih baik.

“Said [Benrahma] adalah seorang pemain berbakat mengujakan dengan kemampuan dan kualiti yang beliau miliki dan sudah pasti akan menambah kemampuan bahagian serangan pasukan ini.

Apa yang Moyes katakan ada betulnya. Benrahma dikenali sebagai pemain yang lincah dan sentiasa memerangkap pemain pertahanan lawan dengan gerakan nutmeg.

Kekerapan beliau melakukan nutmeg membuatkan Benrahma seperti sangat biasa ketika melakukannya.

Dalam perlawanan menentang Fulham di pertandingan Carabao Cup pada awal Oktober lalu, gerakan nutmeg oleh Said Benrahma diikuti oleh jaringan padu dari luar kotak penalti.

Anda boleh saksikan sendiri kompilasi nutmeg yang pernah dilakukan oleh pemain ini melalui pautan YouTube di bawah.

Penutup

Benrahma akan menyarung jersi No. 9 di Stadium London telah menjaringkan 17 gol dari 43 penampilan di Championship bersama Brentford pada musim lalu sehingga mara ke perlawanan akhir play-off.

The Bees sebelum itu menandatangani Benrahma dari kelab perancis Nice dengan nilai kurang dari £3 juta dua tahun lalu.

Walaupun jendela perpindahan pemain untuk Premier League telah ditutup pada 5 Oktober lalu, kelab masih dibenarkan meneruskan urusniaga dengan kelab di divisyen berlainan sehingga semalam.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.