Said Benrahma Mempamerkan Aksi Permainan Yang Sungguh Menakjubkan Walau Sedang Berpuasa

Said Benrahma berjaya mencuri tumpuan para peminat selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Burnley awal pagi tadi.

Apa yang lebih menarik lagi, beliau berjaya mempamerkan rentak permainan yang begitu hebat walau sedang menjalani ibadah Puasa.

West Ham turun bertemu Burnley di Turf Moor, dengan harapan untuk mendapatkan tiga mata penuh selepas mereka mencatatkan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Skuad kendalian David Moyes itu mahu mencuri tiga mata penuh dengan tujuan untuk merebut slot empat terbaik dalam aksi saingan liga musim ini.

Walau bagaimanapun, West Ham terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal dari Burnley pada minit ke-19 permainan hasil jaringan Chris Wood.

Chris Wood berjaya mengekalkan rentak persembahan terbaiknya dalam beberapa perlawanan terakhir ini dengan menyumbat gol pendahuluan Burnley selepas menyempurnakan sepakan penalti yang mereka menangi.

West Ham tidak menunggu lama untuk memadam gol pendahuluan itu dengan mereka berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil jaringan dari Michael Antonio.

Beberapa minit selepas itu, The Hammers sekali lagi berjaya merobek gawang gol Burnley untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1.

Michael Antonio sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini selepas beliau menyempurnakan hantaran yang sungguh cantik dan padu dari Benrahma pada minit ke-29 permainan untuk West Ham mendahului permainan.

Bekas pemain Brentford itu begitu menyerlah dalam perlawanan ini selepas mempamerkan rentak permainan yang sangat menakjubkan.

Beliau banyak membantu jentera serangan dan barisan pertahanan West Ham sepanjang 30 minit pertama permainan dengan tidak henti-henti berlari ke atas dan ke bawah.

Fakta menarik yang membuatkan aksi beliau lebih dikagumi adalah kerana beliau sedang berpuasa ketika mempamerkan aksi yang sangat cemerlang itu.

Pada minit ke-36, Benrahma kemudiannya pergi ke tepi padang sebentar untuk berbuka puasa dengan meminum air dan menikmati sedikit makanan bertenaga sebelum kembali ke padang.

Para penyokong West Ham sangat berharap Said Benrahma bakal memberikan impak yang lebih baik selepas beliau berbuka puasa.

Namun sayangnya, bintang berusia 25 tahun itu gagal untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini, walau sudah mempamerkan aksi permainan yang sungguh dasyat.

Akan tetapi, walau beliau gagal menjaringkan gol, namun aksi hebat yang dipamerkan oleh Benrahma harus tetap dipuji dan dihargai.

Skuad kendalian David Moyes itu ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta liga, tiga mata dibelakang Chelsea yang berada di kedudukan keempat.

Berbaki empat perlawanan sebelum berakhirnya saingan liga musim ini, West Ham masih mempunyai harapan yang cerah untuk mara ke saingan liga Juara-Juara musim hadapan.

Berbalik kepada isu berpuasa, ramai penyokong luar yang agak keliru dengan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ibadah Puasa, hal ini kerana pihak media ketika ini sering menulis hal berkait pemain yang bermain dalam keadaan berpuasa.

Satu hal yang harus dipuji, selain dari memuji serta mengagumi pemain yang berpuasa, media luar juga turut cuba menjelaskan apa itu Puasa kepada mereka yang tidak faham.

Walau mereka tidak menerangkan dengan cara yang lebih terperinci, namun setidaknya semakin ramai penyokong bukan beragama Islam yang mula tahu tentang ibadah tersebut.

Pemain-pemain yang beragama Islam sering diberi ruang untuk berbuka puasa ketika masuknya waktu berbuka walau perlawanan sedang berlangsung.

Lihat saja seperti insiden Wesley Fofana yang dibenarkan berbuka puasa ketika aksi bertemu Crystal Palace bulan lalu, dan sejak dari itu, hal ini semakin dititik beratkan oleh pengadil dan pemain yang bukan beragama Islam.

Satu contoh hebat lagi, Paul Pogba juga berpuasa ketika beraksi untuk Manchester United dalam aksi pertemuan bertemu Roma minggu lalu, dan telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan.

Ekoran dari itu, hal seperti ini sering diulas oleh pihak media dan ia sebenarnya satu hal yang sangat positif.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.