Manny Pacquiao akhirnya mengesahkan pihak beliau sedang berbincang dengan pihak Floyd Mayweather untuk pertarungan ke-2 melibatkan mereka.
Pada 2015, Manny Pacquiao tewas secara kiraan mata dalam pertarungan yang digelar ‘Fight of the Century’ berlangsung di Las Vegas,
PacMan sangat tidak berpuas hati dengan kekalahan itu kerana menurutnya, Mayweather lebih banyak melarikan diri di dalam ring berbanding dengan bertinju.
Sudah sekian lama, PacMan mencabar Mayweather untuk pertarungan ulangan. Namun tidak dilayan oleh Floyd Mayweather, yang kemudiannya mengumumkan persaraannya.
Lebih menyakitkan hati Pacquiao, apabila Mayweather sanggup keluar persaraan untuk bertemu dengan Conor McGregor, dan secara tak langsung berjaya menambah lagi rekod kemenangan beliau.
Pacquiao menganggap itu bukan pertarungan tinju sebenar. Lantas PacMan mahukan Mayweather menyahut cabarannya.
Beberapa minggu lalu, Mayweather memuat naik kenyataan di instagram menyatakan beliau dan pasukannya sedang menguruskan pertarungan kedua di antara Mayweather dan PacMan.
Namun kenyataan itu kurang disenangi oleh Pacquiao kerana Mayweather hanya mahukan pertarungan yang kompetitif bukannya pertarungan pertunjukan seperti dinyatakan oleh Mayweather.
Semalam, petinju legenda dari Filipina itu mengesahkan mereka mengadakan rundingan dengan pihak Mayweather untuk pertarungan ulangan yang sebenar. Namun belum ada kata putus yang dicapai.
“Orang-orang saya sedang berbincang dengan pihak sebelah sana. Mereka sedang berbincang. Buat masa ini, saya tak dapat memberikan kemaskini kerana tiada lagi perkembangan yang muktamad.”
“Saya sudah merancang pertarungan dengan beberapa petinju lain. Terutama sekali Amir Khan yang juga mahu bertinju dengan saya.”
“Kita akan terus membincangkan lagi perkara ini. Ia akan menjadi pertarungan yang hebat.”
Floyd Mayweather broke the news this week that talks were underway for him to fight Manny Pacquiao.
Fans weren't sure what to make of it, but Pacquiao has just responded… 👀🥊 https://t.co/rpdh2tUoqW
— SPORTbible (@sportbible) September 17, 2019
“Kita akan bincang benda ni, pertarungan di antara saya dan Mayweather. Saya ada satu komitmen sahaja untuk pertarungan tinju lain.”
“Selepas pertarungan itu selesai, kita tiada masalah untuk membincangkannya.”
Manny Pacquiao, kali terakhir menang kejuaraan WBA (super) welterweight, menewaskan Keith Thurman.
Adakah hasrat untuk menyaksikan pertarungan kedua Mayweather-Pacquiao akan menjadi kenyataan?