Siapa tidak mengenali siapa Safee Sali? Pada usia 36 tahun kini, Safee adalah salah seorang bintang pasukan negara di Piala AFF Suzuki 2010 apabila muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.
Pasukan negara di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal muncul juara kejohanan edisi 2010 selepas menewaskan Indonesia di perlawanan akhir.
Kini bersama PJ City FC, Safee Sali tetap masih dahaga dan rindukan aksi bersama skuad Harimau Malaya, dan berharap namanya akan disenaraikan oleh pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe untuk kem latihan seterusnya.
Melalui satu muat naik di laman Facebook rasminya, bekas pemain Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor dan JDT itu turut berharap mampu memikat Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan antarabangsa seterusnya.
https://www.facebook.com/SafeeSali10Official/posts/3017070401683590?__xts__%5B0%5D=68.ARB6PN1v1Dg6Zx6Xyy2vnhL_LXcIt626EO-dnVCkKZbLZjsq_dEiIEJb6n71MmA6v6rQmPq_pyGOG_dFFkd_hFKjb9MTY7smdxruym2TWYLgSltkYaFdkWnkBTTbOp4erCjx97xL-0q9lJfXDnhQzZ0TUznpnSIiCZ0HnQilnOc_g7SoxHVNzS37DAo8KXenIxnqcblbVVGpXhQ0V9U_ueF9dor-Fp95I5zvd1MaYbHCR2JD3hhEPQyvaxcaR_ABeVRU8U5bDTtyzmZPfTttJZvJRx1Q9JkTNaV6aflOa-H21018_mfmWN6UgV9vtDWo4zz0_5iWK4Lq0xo95UghOU9u1g&__tn__=-R
Malah pemain penyerang itu menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan menjalani latihan setiap hari demi memastikan dirinya sentiasa bersedia dan berada dalam keadaan terbaik.
“Harap-harap dapatlah kena panggil untuk Harimau Malaya satu hari nanti,” kata Safee yang trut pernah beraksi bersama Pelita Jaya di Liga Indonesia pada 2011.
Jika Safee berjaya mendapat panggilan daripada Cheng Hoe, ini bermakna beliau berkemungkinan akan digandingkan semula dengan Norshahrul Idlan Talaha – gandingan beliau ketika tugasan Piala AFF Suzuki 2010 sebelum ini.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan mengharungi dua tugasan antarabangsa penghujung tahun ini iaitu Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober ini dan Piala AFF, November depan.
Namun segala-galanya turut akan bergantung kepada keadaan COVID-19 dan lampu hijau dari AFC dan FIFA untuk setiap pertandingan diteruskan.
Sumber artikel: Grandstand KITA