Safawi Rasid Jual Sanitizer Demi Menampung Kekurangan Stok Di Pasaran

Hand sanitizer merupakan satu keperluan yang sangat penting pada ketika ini, ketika dunia sedang diserang wabak koronavirus.

Terdapat kekurangan bekalan pada hand sanitizer oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi. Sama juga dengan topeng pelindung muka.

Menyedari akan perkara itu, bintang Harimau Harimau Malaya dan juga JDT, iaitu Safawi Rasid telah mengeluarkan hand sanitizer ataupun digelar cecair basmi kuman miliknya.

Safawi Rasid terpanggil untuk menghasilkan produk itu bagi memastikan semua rakyat Malaysia bebas kuman dan virus pada ketika ini.

Liga Malaysia antara acara sukan yang terkesan dengan koronavirus ini. Di mana Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan seketika kerana penularan wabak koronavirus.

Safawi dalam satu kenyataan ringkasnya berkata: “Hai dan assalamualaikum dan selamat petang kepada semua. Di sini saya just (cuma) nak cakap bahawa saya dah keluarkan produk saya sendiri, hand sanitizer, brand saya sendiri.”

“Saya buat ni sebab saya tengok banyak sanitizer di market dah kurang.”

“Jadi, saya harap apa yang saya buat ini akan dapat mengurangkan lagi jangkitan Covid-19 di Malaysia.”

“So [Jadi] saya harap benda ni tak berleleluasa ke merata-rata, Insha Allah, dan korang pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang, dan jangan ke mana-mana, duduk sahaja di rumah.

Usaha murni Safawi Rasid ini mendapat perhatian ramai pihak. Beliau merupakan pemain bola sepak yang berjaya dan pada masa yang sama sangat prihatin dengan suasana di negara Malaysia.

Safawi Rasid mengumumkan perkara itu menerusi instagram miliknya sebentar tadi. Beliau dalam kenyataannya berkata:

“Semakin hari kes dicatatkan semakin tinggi di Malaysia, wabak Covid-19 ini sangat bahaya kalau kita tak bendung dengan cara membersihkan diri dan sanitize tangan selalu bila bersentuhan mungkin risiko dijangkiti ada.”

“Saya sebagai atlet sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 Mac.”

“LIFECARE HAND SANITIZER ni saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus.”

“Siapa nak stock up Sanitizer? Reply YES Contact : 0132967084.”

Bagi yang tertanya berapakah harga hand sanitizer Safawi Rasid ini? Untuk produk yang bersaiz 60ml ianya hanya berharga RM16.90. Manakala untuk produk 240ml pula, ianya hanya dijual dengan harga RM32.90.

Gelombang Covid-19 terus menjadi kerisauan kepada dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia, kita semua sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Rakyat Malaysia dilarang keluar rumah jika tiada keperluan yang penting. Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan sekali lagi agar rakyat Malaysia sentiasa duduk di rumah sepanjang masa.

Bukannya pergi melepak di kedai mamak. Pihak polis juga turun padang untuk memastikan rakyat Malaysia terus kekal duduk dalam rumah walaupun ramai yang degil.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.