Safawi Rasid akan menjadi nama yang akan terus diingati pada masa yang lama oleh penyokong Indonesia dan Malaysia.
Ini selepas Safawi meledak 2 gol dengan kaki kirinya untuk memastikan Garuda tersungkur di tangan Harimau Malaya, di bumi Malaysia.
Sebelum perlawanan lagi, Presiden FAM, Datuk Hamidin menganggap perlawanan ini misi wajib menang ke atas rival.
Ini juga kekalahan kedua berturut-turut oleh Indonesia di tangan musuh utama, Malaysia.
Safawi Rasid meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-30, menerusi sepakan percuma yang cantik menewaskan Muhammad Ridho.
Ketika gol itu, berlaku sedikit kekacauan penyokong apabila penyokong Indonesia membaling suar ke arah penyokong Indonesia.
Tidak cukup dengan itu, Safawi Rasid merobek gawang dan hati Indonesia sekali lagi pada separuh masa kedua.
Safawi Rasid menewaskan penjaga gol Indonesia, Muhammad Ridho dengan satu rembatan deras.
Pemain paling bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK 19) ternyata menyentap semangat Indonesia untuk bangkit.
Farizal Marlias turut menyelamatkan penalti untuk memastikan Indonesia terus terluka, tewas tanpa membawa sebarang gol.
Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia. Dan para penyokong Malaysia girang meraikan kemenangan yang diraih dalam derbi serumpun kali ini.
Indonesia jelas sangat kecewa dengan perjalanan kempen mereka kali ini yang terus 100% kalah selepas 5 perlawanan.
Mereka hanya menjaringkan 3 gol dan bolos 16 perlawanan.
Malaysia kini di kedudukan kedua kumpulan G dengan 9 mata. 1 mata di atas Thailand dan 3 mata di atas Emiriah Arab Bersatu ataupun UAE yang kurang 1 perlawanan.
Kedudukan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
Kumpulan G
(Selepas Hari Perlawanan 6)* Seterusnya Hari Perlawanan 7 pada Khamis, 26 Mac 2020:
UAE 🇦🇪 lwn 🇲🇾 MALAYSIA
THAILAND 🇹🇭 lwn 🇮🇩 INDONESIA#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/ZgE4on0RQp— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 19, 2019
Safawi Rasid seperti yang dijangka diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. Beliau menerima anugerah itu pada tamat perlawanan.
Safawi menjadi masalah kepada Indonesia dengan larian pantasnya serta kondisi fizikal beliau yang dalam keadaan optimum.
Pada tamat perlawanan juga dilaporkan satu lagi insiden balingan suar dilakukan oleh penyokong pelawat, dituju kepada penyokong Malaysia.
2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers | Tuesday, 19th November 2019
MAN OF THE MATCH
Safawi Rasid (Malaysia)MALAYSIA 2-0 INDONESIA#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/wnoucen2rd
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 19, 2019
Walaupum Safawi Rasid diiktiraf sebagai pemain terbaik perlawanan, kami juga merakamkan terima kasih kepada kesemua pemain yang menunjukkan komitmen terbaik dalam jersi Harimau Malaya pada kali ini.
Ini merupakan perlawanan penutup untuk kempen antarabangsa tahun 2019. Malaysia sebelum ini menewaskan pasukan Thailand untuk memastikan kempen antarabangsa kali ini menang kesemua 3 perlawanan kali ini termasuk 1 perlawanan persahabatan dengan Tajikistan.
Ini pastinya akan melonjakkan ranking pasukan Malaysia selepas ini.
Indonesia harus menyalahkan diri mereka sendiri apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang termasuk ada 2 atau 3 situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol.
Mereka banyak bergantung kepada serangan balas dan bertahan di kawasan sendiri pada separuh masa pertama.
Hanya pada separuh masa kedua mereka cuba menyerang dan bermain lebih terbuka.
Perlawanan antarabangsa seterusnya untuk pasukan Malaysia adalah pada Mac 2020 nanti. Namun misi Malaysia selepas ini akan menjadi lebih gentar. Dengan prestasi yang ada pada hari ini, ia diharap akan memberikan motivasi berharga kepada semua pemain.