Sadio Mane Bakal Ke Real Madrid?

Real Madrid telah menetapkan sasaran perpindahan utama mereka adalah Sadio Mane. Selepas Liverpool disingkirkan Atletico Madrid, Sadio Mane terus dijadikan sasaran utama.

Zidane sudah lama memuja aksi Sadio Mane. Dan sudah beberapa kali Zidane memberitahu mahukan pemain penyerang Liverpool.

Namun harganya tidak murah. Kerana pada ketika ini, tanda harga Sadio Mane adalah sekitar £140 juta.

Zidane yakin akan dapat membeli Sadio Mane daripada pasukan Liverpool. Beliau mahu menjadikan Sadio Mane pe pemain utama.

Berdasarkan posisi, Sadio Mane adalah penyerang sayap kiri. Posisi yang sama dengan Eden Hazard.

Sejak Hazard menyertai Real Madrid, beliau gagal untuk memberikan impak kepada pasukannya seperti yang diharapkan.

Sadio Mane sekali lagi menunjukkan kualitinya di atas padang. Beliau merupakan pemenang bersama untuk Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Pada musim ini, pemain yang popular dengan gelaran Safawi Rasid Senegal itu sudah menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan termasuk 14 dalam Liga Pedanan Inggeris.

Real Madrid yakin Liverpool akan terbuka hatinya melepaskan Sadio Mane selepas mereka dikaitkan dengan Timo Werner.

Sadio Mane diundi sebagai pemain ketiga terbaik dunia dalam Ballon d’Or yang lalu. Pemain yang mampu menjaringkan gol dan mencipta gol kepada rakannya di atas padang.

Tetapi, Real Madrid pasti sedar, bukan mudah untuk meyakinkan Liverpool dan Sadio Mane agar menerima tawaran mereka.

Sadio Mane pernah menyatakan beliau sangat selesa dan bahagian di Liverpool pada ketika ini. Beliau menjadi pemain penting revolusi Jurgen Kloop dan sudah membantu Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Dan pada musim ini, Sadio Mane membantu meletakkan Liverpool di puncak liga ketika liga sedang digantung gara-gara koronavirus.

Liverpool ketika ini 25 mata di atas pasukan di tangga kedua, Manchester City. Ianya satu jurang mata yang sangat besar di antara The Reds dengan The Cityzen.

Selain daripada Sadio Mane, Real Madrid dijangka akan melakukan rombakan sekali lagi pada skuad mereka. Zidane mahu meminta dana untuk menguatkan barisan tengah dan penyerang utama mereka.

Beberapa pemain seperti Gareth Bale dilihat mungkin tak akan kekal lama di Real Madrid selepas ini.

Real Madrid berhadapan dengan krisis prestasi serangan yang tidak konistsen. Mereka juga masih mencari penyerang utama yang boleh menyumbang 20-30 gol semusim seperti Cristiano Ronaldo.

Buat masa ini, mereka memiliki nama seperti Benzema dan Luka Jovic. Penyerang veteran, Karim Benzema masih lagi menjadi sandaran utama Real Madrid.

Manakala Luka Jovic pula bergelut dengan kecederaan sepanjang musim.

Jadi, adakah Sadio Mane akan meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini? Ia dilihat bakal direalisasikan jika kena pada tawarannya. Real Madrid masih lagi menjadi magnet penarik kepada pemain bintang.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.