Perlawanan di antara Indonesia dan Malaysia dicemari kekacauan dan keganasan penyokong tuan rumah. Utusan Malaysia melaporkan salah seorang penyokong Malaysia cedera kerana balingan objek.
Ada juga yang dibaling dengan air kencing.
Air kencing dibaling dari pelbagai arah. pic.twitter.com/25vbYMCkW6
— SC Barai (@SCBarai) September 5, 2019
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkongsi pengalaman beliau bersama dengan penyokong Harimau Malaya di GBK.
Syed Saddiq Kecewa dengan sikap penyokong Garuda yang melanggar prosedur keselamatan dan tidak ada semangat kesukanan.
Dalam kenyataan menerusi Twitter beliau, Syed Saddiq berkata:
“Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi,botol & suar dicampak kepada kami beberapa kali.”
“Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.”
Syed Saddiq mengesahkan FAM akan membawa perkara ini ke FIFA.
“Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.”
“Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang.”
Sebentar tadi saya bersama penyokong2 Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi,botol & suar dicampak kpd kami beberapa kali. pic.twitter.com/BxKscJvXsq
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 5, 2019
Apa semua ini? Diharap FIFA mengambil tindakan tegas kepada PSSI kerana gagal mengawal tingkahlaku penyokong mereka.