Sachin Tendulkar adalah megastar dalam kriket dunia. Di India, beliau adalah antara manusia paling berpengaruh. Sachin Tendulkar digelar Sultan of Swing di lapangan kriket.
Untuk mengenang kelegendaaan beliau, satu filem doku-drama telah dihasilkan berjudul Sachin: A Billion Dreams yang ditayangkan pada 26 Mei 2017. Filem ini adalah hasil buah tangan pembuat filem terkemuka James Erskin.
James Erskin sangat prolifik dalam menghasilkan dokumentari. Dan beliau menyatakan projek Billion Dreams ini sebagai impian terlaksana.
Filem yang berkisar tentang Sachin Tendulkar. Bagaimana kehidupan Sachin dari kecil sehinggalah menjadi raja di lapangan kriket. Sachin digambarkan sebagai pemain kriket yang memberikan revolusi dalam sukan itu pada era moden.
Nama yang penting dalam menaikkan publisiti kriket. Kisah Sachin daripada anak kecil yang hidup daripada kelas pertengahan kepada wira yang memikul seluruh negaran yang berpopulasi 1/6 daripada penduduk dunia di bahunya.
Segalanya bermula apabila Sachin menonton kejayaan pasukan India menjuarai Piala Dunia Kriket 1983. Selepas itu, minat Sachin ke atas kriket lebih daripada sekadar minat.
Cabaran Erskin adalah untuk mendapatkan footage terbaik bagi filem ini. Hal ini kerana, ada beberapa footage yang tidak boleh disiarkan kerana isu hak cipta.
Namun Erskin tetap berjaya mendapatkan beberapa shot terbaik dengan beberapa paparan aksi terbaik Sachin di dalam filem dokumentari beliau. Ada beberapa footage yang tidak pernah disaksikan oleh peminat sebelum ini.
Kebanyakan footage eskslusif ini adalah daripada rakaman oleh Ajit, abang beliau. Jadi, cabaran Erskin adalah untuk menyunting semula video yang dalam bentuk format VHS ini supaya lebih baik.
Filem ini turut menceritakan pengorbanan isteri Sachin, yang berhenti belajar dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Beliau banyak menyokong suaminya.
Erskin bermain dengan banyak permainan emosi dalam filem ini untuk memaparkan beberapa sisi lain Sachin Tendulkar. Sachin seorang yang baik hati. Kisah Sachin dan ayahnya serta babak Sachin membaca sajak nukilan Ramesh Tendulkar kepadanya.
Kisah suka duka beliau sepanjang menjadi atlet termasuk dituduh terlibat dalam skandal rasuah. Banyak juga inspirasi, motivasi dan falsafah dimuat di dalam filem ini.
Filem ini berbeza daripada filem biopik India yang lain seperti MS Dhoni misalnya. Di mana filem Sachin: A Billion Dreams ini kurang unsur Bollywood masala.
Ini kerana Erskin mensasarkan filem ini untuk lebih daripada sekadar tatapan peminat Bollywood. Sentuhan muzik adalah menggunakan komposer terkemuka A.R Rahman.
Namun kelemahan filem ini adalah promosi berbanding dengan filem MS Dhoni. IMDB memberikan skor 8.8/10 untuk filem ini. Filem ini berjaya mengutip $11.52 juta ataupun sekitar RM55 juta.