Royston Drenthe Sertai Kelab Sepanyol Beberapa Minggu Selepas Diisytihar Muflis

Bekas pemain Everton dan Real Madrid Royston Drenthe telah menyertai kelab divisyen keempat Sepanyol, Racing Murcia.

Pemain berusia 33 tahun itu yang juga bekas pemain antarabangsa Belanda telah diisytihar sebagai muflis oleh mahkamah di negaranya pada bulan lalu.

Setelah menampilkan sekilas bakat dan potensinya di Santago Bernabeu dan kemudiannya di Goodison Park, karier Drenthe kemudiannya dilanda pelbagai masalah di luar padang.

Segala masalah itu membuatkan Drenthe melupakan seketika bola sepak pada 2016, selepas beraksi di Championship, Turki dan Abu Dhabi. Selepas hilang dar radar selama dua musim, beliau kemudiannya menceburkan diri ke dalam bidang lakonan membintangi drama Mocro Maffia, dan turut cuba menceburkan diri di dalam industri muzik dengan nama Roya2Faces.

Pada 2018, beliau kembali bermain bola sepak bersama Sparta Rotterdam di divisyen kedua Belanda, sebelum beraksi untuk Kozakken Boys di divisyen ketiga negara tersebut.

Perkhabaran terbaru mengesahkan Drenthe kembali ke Sepanyol, di mana kali terakhir beliau menyarung jersi Real Madrid dan juga Hercules.

Pengurus pasukan Murcia, Antonio Pedreno sudah pasti berharap pemain itu mampu melakukan tugasnya dengan lebih baik berbanding ketika di bawah kendalian David Moyes di Goodison Park,

Drenthe turut meluahkan kekesalan kerana memaki Moyes ketika tempoh di Merseyside dan berkata tempoh di bawah kendalian jurulatih Scotland itu adalah tempoh terbaik dalam kariernya.

“Saya berada di luar bilik,”jelas Drethe kepada FourFourTwo mengenai insiden di mana beliau akan dikenakan tindakan disiplin kerana gagal menguruskan masa ketika bersama Everton.

“Kemudian, Moyes berkata kepada saya —k off.

“Saya sepatutnya menerima sahaja amarah beliau, tetapi saya menjawab. ‘Apa kau maksudkan —k off, bro? —k off awaklah.”

Selepas itu saya kembali ke Belanda dan tidak pernah kembali. Jika saya terima sahaja apa yang Moyes mahu katakan, ia mungkin berbeza dan mungkin akan membawa kebaikkan kepada saya. Saya beraksi dengan kerap di bawah kendalian beliau.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.