Roy Keane Lihat Banyak Perkara Positif, Bukti Ole Orang Yang Tepat

Keputusan hambar yang dicatatkan oleh Manchester United pada awal musim ini serta lanjutan daripada prestas tak menentu selepas malam cemerlang di Paris, membuatkan pengurus mereka di dalam tekanan.

Mencatat seri dengan Arsenal di Old Trafford menyaksikan Manchester United mencipta rekod permulaan terburuk dalam 30 tahun. Mereka hanya mengutip 9 mata setakat ini dan berada di tangga ke sepuluh dalam EPL.

Ramai pihak mulai sangsi akan kemampuan Ole Gunnar Solskjaer dalam mengendalikan pasukan Manchester United.

Bekas kapten Manchester United, dan juga bekas rakan sepasukan Ole Gunnar Solskjaer, iaitu Roy Keane tampil mempertahankan pengurus itu.

Menurut Kean, para peminat Manchester United kena lebih bersabar. Jika mereka mampu bersabar dengan beberapa pengurus sebelum ini, kenapa tidak dengan Ole?

Kean menegaskan Ole Gunnar adalah orang yang paling tepat menjawat tugas di Manchester United kerana beliau seorang yang baik hati dan jujur di dalam tugasannya.

Lalu, Roy Keane meminta kesemua pembenci Solskjaer untuk tutup mulut dan berikan Ole Gunnar Solskjaer sedikit masa lagi untuk memperbaiki keadaan.

“Beliau telah melakukan tugasannya dengan baik sekali, seorang yang baik dan jujur. Namun kamu haruslah memberikan beliau masa.”

“Ole juga kecewa dengan prestasi semasa, dan berada dalam tekanan untuk berhadapan dengan situasi itu. Namun, tiada keraguan bahawa Ole seorang yang sangat beketerampilan.”

“Dan tiada keraguan juga, beliau akan kecewa kerana tak banyak menang.”

Manchester United memulakan musim ini dengan cemerlang menewaskan Chelsea 4-0. Namun selepas itu mereka bergelut dengan prestasi. Kali terakhir mereka menang adalah kemenangan 1-0 menentang Leicester.

“Mereka (pengurusan) sudah memberikan tugas itu kepada beliau. Jadi, sekarang ini, tugas mereka adalah memberikan sokongan dengan memberikan dana dalam beberapa jendela perpindahan lagi. Adakah akan ada hari yang lebih sukar selepas ini? Anda mempertaruhkan nasib anda dan kamu harus menghadapinya.”

Keane juga melihat banyak perkara positif di dalam pasukan ini yang memberikan beliau keyakinan bahawa Manchester United akan bangkit.

Manchester United akan berhadapan dengan AZ Alkmaar, diikuti perlawanan menentang Newcastle.

Mampukah Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United memperbaiki prestasi mereka dan menamatkan saingan liga di 4 teratas?

Sumber:

Independent

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.