Rossi: Saya Tidak Penat, Tetapi Jentera Ditunggangi Perlahan

Valentino Rossi menegaskan dirinya tidak keletihan menjelang perlumbaan MotoGP Portugal 2020. Namun, berkata jentera yang ditunggannya perlahan dari segi pretasi.

Pelumba legenda berasal dari Itali itu dianggap keletihan dan belum berada pada tahap sebenar selepas baru pulih dari jangkitan wabak global.

Minggu lalu, Rossi hanya mampu menamatkan saingan Moto GP Valencia di kedudukan ke-12 sehingga menimbulkan teori sedemikian.

Peluang Rossi untuk menamatkan musim dengan pencapaian manis tampaknya semakin sukar selepas hanya menempatkan diri di posisi ke-17 di pusingan kelayakan MotoGP Portugal.

“Sayangnya ia  bukan kerana saya keletihan, saya hanya lambat. Dari segi fizikal saya sudah sembuh sepenuhnya. Sudah lima hari berlalu setelah terkena virus dan sekarang merasa baik-baik saja,” kata Rossi epada GPOne.

“Saya telah menunggu 10 hari untuk menyambung latihan dan melakukan rutin latihan seperti biasa selama tiga jam sehari,” tambahnya.

MotoGP 2020 bakal jadi pencapaian terburuk Rossi. Untuk kali pertama dalam kariernya di MotoGP Rossi menamatkan musim di luar kedudukan10 pelumba teratas.

Pada ketika ini Rossi berada di kedudukan ke-15 dengan 62 mata terkumpul. Secara matematik, posisi terbaik yang boleh diraih adalah posisi ke-11.

Malah menamatkan musim di kedudukan ke-11 MotoGP 2020 juga sebenarnya sukar dicapai oleh Rossi mengambil kira harus memulakan perlumbaan dari posisi ke-17 pada permulaan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.