Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo iaitu Wayne Rooney mengenepikan persahabatan beliau dengan Ronaldo untuk mengiktiraf Lionel Messi sebagai pemain yang lagi bagus.
Hal ini kerana menurut Wayne Rooney, Lionel Messi adalah jauh lebih kejam daripada Cristiano Ronaldo di atas padang.
Bintang Barcelona itu akan menyeksa lawannya dahulu sebelum membunuh mereka. Berbeza dengan Cristiano Ronaldo yang lebih direct dalam membunuh lawannya.
Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo bermain bersama selama lima musim sebelum ini di Old Trafford. Mereka berdua membentuk gandingan yang luar biasa sehinggalah Ronaldo memutuskan untuk menyertai Real Madrid pada 2009.
Rooney dan Ronaldo adalah sahabat baik. Tetapi Wayne Rooney mengenepikan sentimen itu ketika memberikan pandangan beliau di ruangan The Times.
Rooney mengakui Ronaldo pemain yang luar biasa, tetapi Messi lebih baik daripada ‘pemain luar biasa’ tersebut.
Rooney berkongsi cerita bagaimana pada awalnya Ronaldo tiba di Man United, di mana ketika itu beliau tidak begitu ambil pusing soal jaringan gol.
Namun perlahan lahan beliau meningkatkan keupayannya sehingga menjadi yang terbaik di dunia.
“Ketika kami mulai bermain bersama dahulu, beliau tidak begitu fokus dengan perihal menjaringkan gol. Namun selepas itu, kita dapat melihat kesungguhan Cristiano mahu menjadi yang terbaik di dunia.”
“Cristiano berlatih bersungguh-sungguh dan mulai membuahkan hasil yang baik. Cristiano kemudiannya telah menjadi seorang penjaring gol luar biasa.”
Wayne Rooney gives his vote in the Messi and Ronaldo debate 👀 pic.twitter.com/KZQrLzlIn5
— ESPN FC (@ESPNFC) April 19, 2020
“Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, mungkin dua pemain terbaik dalam sejarah yang pernah kita saksikan.”
“Walaupun saya bersahabat baik dengan Cristiano, tetapi saya memilih Messi sebagai pemain lebih baik.”
Rooney sangat kagum dengan gaya permainan Messi yang nampak sangat mudah ketika melakukan gol. Beliau tidak melakukan rembatan deras, sebaliknya hanya menolak bola.
“Jika bercakap soal keteangan di hadapan gol, saya pun dah lupa, bila agaknya kali terakhir saya melihat Messi merembat deras untuk menjaringkan gol. Beliau biasanya menolak bola dan memperlihatkan bahawa ianya perkara yang sangat mudah.”
“Cristiano Ronaldo seorang pemain yang kejam di dalam kota penalti, bernaluri pembunuh.”
“Tetapi Lionel Messi akan menyeksa kamu dahulu sebelum dia membunuh kamu.”
“Malah kamu beranggapan bahawa Messi sedang bergembira di atas padang.”
Rooney menegaskan bahawa, Ronaldo dan Messi telah mengubah landskap sukan bola sepak. Jaringan gol kedua dua pemain itu sangat luar biasa.
Malah Wayne Rooney tidak yakin bahawa suatu hari nanti akan ada pemain yang mampu mengatasi rekod gol mereka. Lalu beliau beranggapan rekod gol kedua dua pemain itu akan kekal selamanya.
Sejak 2007, Ronaldo dan Messi sudah memenangi 11 Ballon d’Or, enam milik Messi dan lima lagi milik Ronaldo.
Kini kedua dua pemain masih beraksi di peringkat tertinggi walaupun usia mereka sudah lebih 30 tahun.