Ronnie O’Sullivan, Legenda Snooker Hebat Dengan Jolokan The Rocket

Bagi peminat sukan dalam dewan ini, nama Ronnie O’Sullivan terlalu dekat di hati mereka. O’Sullivan mula menceburi sukan ini pada usia 7 tahun.

Ketika itu Sullivan sudah menunjukkan bakat luar biasa beliau. Pada usia 10 tahun, beliau melakukan century pertama dalam permainan beliau dengan 117 mata.

Kemudian, O’Sullivan memenangi kejoahanan Terbuka Britain 1988 Bawah 16 tahun. Ketika itu beliau baru berusia 13 tahun.

Pada usia 14 tahun beliau menjadi profesional-amateur dalam kejohanan di Stevenage. Beliau menewaskan pemain ranking ke-34 dunia, Marcel Gauvreau di suku akhir dan menewaskan Anthony Hamilton di final.

Gauvreau menyifatkan Sullivan sebagai budak luar biasa dan mengakui tidak pernah berhadapan dengan lawan seperti itu di dalam karier beliau. Lebih menakjubkan, O’Sullivan baru berusia 14 tahun.

Pada tahun 1991 beliau menjadi naib Juara dalam kejohanan English Amateur. Beliau menjadi pemain termuda yang berjaya melakukan ‘break’ maksimum ketika itu.

Tahun yang sama, O’Sullivan berjaya mengalagkan Patrick Delsemme dengan 11–4 dalam kejohanan IBSF World Under-21 Snooker Championship title.

Kejohanan amateur terakhir yang beliau menangi sebelum masuk ke alam profesional sepenuhnya dalam Junior Pot Black 1991.

Profesional

Pada 1992, adalah musim sulung beliau sebagai profesional. Beliau terus diberikan gelaran The Rocket. Beliau berjaya merekodkan 38 kemenangan berturut-turut, mengatasi rekod Stephen Hendry.

Kejuaraan profesional pertama beliau adalah di Bangkok dalam kejohanan Nescafe Extra 1993. Beliau kekal menjadi pemenang ke-3 paling muda kejohanan di Crucible Theatre pada usia 17 tahun 134 hari.

Beliau menang kejohanan dunia pertama beliau pada 2001 selepas menewaskan John Higgins dengan 18-14. Beliau kemudian memenangi kejohanan dunia kedua beliau pada 2004 dengan lebih mudah menewaskan Graeme Dott 18-8, begitu juga dengan kejohanan dunia ke-3 beliau pada 2008 menewaskan Carter 18-8.

Walaupun lama berehat sepanjang 2013, namun Sullivan tetap berjaya menjadi Juara Dunia sekali lagi pada tahun tersebut dengan kemenangan 18-12 ke atas Hawkins. Menjadikan beliau pemain pertama selepas Stephen Hendry mempertahankan kejohanan dunia yang sebelum itu beliau menangi pada 2012.

Beliau meneruskan penguasaan dalam dunia snooker pada 2014/2015 dengan kejayaan memenangi Champion of Champions dan UK Championships.

Ronnie O’Sullivan berjaya memenangi Masters ke-6 beliau di Alexandra Palace pada 2016 dan kemudian memenangi Terbuka Walses pada 2016. Beliau turut membelasah Mark Shelby dalam kejohanan itu.

Foto – Telegraph

Pada Januari 2017, beliau mengatasi pencapaian Stephen Hendry dengan kejuaraan Masters ke-6 di Alexandra Palace. Dan tidak lama selepas itu beliau memenangi masters ke-7.

Terbaik Sepanjang Zaman

Beliau kini dianggap salah seorang atlet terbaik dalam sejarah sukan dunia. Terlalu banyak kejuaraan beliau di dalam karier.

Beliau memenangi Terbuka England dan Masters Shanghai pada tahun ini. Menjadikan beliau pemain yang ke-2 paling banyak kejuaraan dalam sejarah di belakang Stephen Hendry. Mereka dipisahkan dengan 5 kejuaraan utama.

Beliau sudah merasai 46 final dalam acara utama dan 16 kali menjadi naib juara.

Sumber – BBC

Sullivan memberitahu yang beliau mungkin akan meninggalkan sukan ini pada bila-bila masa dan tidak mungkin akan menjadi Jimmy White yang masih mampu bermain pada usia 50 tahun.

Namun beliau adalah atlet snooker yang memenangi hadiah wang terbanyak dalam sejarah sukan ini dengan anggaran kemenangan wang sekitar £9.2 juta.

Sumber – BBC

Jika di lapangan bola sepak ada Lionel Messi dan Ronaldo, di lapangan golf ada Tiger Woods, di F1 ada Michael Schumacher, di arena snooker, pastinya ada Ronnie O’Sullivan. Pemain yang berbakat besar.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.