Ronda Rousey Sertai WWE Sepenuh Masa, Pedulikan Apa Orang Nak Kata

Bintang UFC Ronda Rousey menamatkan spekulasi beliau dan WWE apabila muncul dalam siri WWE dengan diperkenalkan sebagai penggusti baru dalam francais tersebut.

Ronda Rousey ternyata memiliki persona dan aura tersendiri. Beliau membuatkan ramai peminat WWE teruja untuk menyaksikan salah seorang atlet tempur wanita paling berjaya dalam dunia.

Nama Ronda Rousey menjadi sangat popular ketika bersama dengan UFC. Beliau pernah memenangi kategori bantanmweight.

Rousey tidak mahu menjadikan alasan 2 kekalahan beliau sebelum ini sebagai sebab kenapa beliau beralih arah ke WWE. Beliau tewas di tangan Amanda Nunes dalam UFC 207 dalam 58 saat TKO pada Disember 2017.

Setahun sebelum itu, beliau dikejutkan Holly Holm dalam UFC 193, pada November 2015. Karier Rousey di UFC kemudiannya semakin sukar.

Kemudian, pihak WWE dikatakan cuba melamar Ronda Rousey. Ia mendapat reaksi banyak pihak. Adakah Rousey akan ke WWE dan meninggalkan UFC?

Semalam pada 28 Januari, Rousey mengesahkan penyertaan beliau secara sepenuh masa di WWE. Beliau menjadi penggusti wanita dengan kontrak bernilai jutaan dollar setahun dan ia paling besar di dalam sejarah.

Beliau tidak sabar-sabar untuk memulakan fasa baru di dalam karier beliau. Rousey tidak mahu orang melihat beliau sebagai bekas juara UFC selepas ini. Ia dua dunia berbeza. Apa yang sudah berlaku, sudah berlalu.

Beliau juga masih tidak menolak kemungkinan akan kembali semula ke octagon pada bila-bila masa. Ronda Rousey buat masa ini mahu fokus kepada WWE sepenuhnya dan tidak memikirkan untuk bersara dalam masa terdekat.

“Persaraan adalah perkara yang mereka selalu katakan tentang saya. Saya tidak akan bersara daripada judo. Jika itu yang anda fikirkan tentang saya, anda silap.”

“Apa yang saya tahu, saya sangat komited untuk memberikan 100% kepada gusti buat masa ini. Orang boleh kata apa sahaja tentang keputusan itu.”

“Ini hidup saya. Keutamaan saya sekarang adalah jangka masa dalam beberapa tahun ini. Ini bukan isu pakai ambil sahaja(smash and grab). Ini bukan kerana lagak publisiti semata-mata.”

“Pertama kali saya berjumpa dengan Tripple H, saya beritahu dia, ada banyak benda lain yang saya boleh buat untuk buat duit. Tetapi tak semua benda itu akan menggembirkan saya.”

Dalam segmen Royal Rumble semalam, Ronda Rousey telah masuk ke ring dan berhadapan dengan Alexa Bliss, Asuka dan Charlotte Flair.

Rousey disambut meriah oleh penonton yang hadir. Rousey meninggalkan ring dengan melambai kepada penonton dan berjabat tangan dengan Stephanie McMahon.

Ronda Rousey meluangkan masa beliau dengan peminat yang mahu bergambar dengannya.

Ini adalah temu ramah beliau dengan pihak WWE selepas tamat acara tersebut.

Pastinya kehadiran Ronda Rousey akan memberikan publisiti yang besar kepada WWE selepas ini. Mana tidaknya, beliau adalah antara figura sukan seni tempur yang paling berpengaruh di dunia.

Cendera mata beliau laris dijual pada hari pertama pengenalan beliau sebagai penggusti WWE. Selamat maju jaya Ronda Rowdy Rousey. Semoga anda kembali sekali lagi ke octagon suatu hari nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.