Ronda Rousey Bertarung Dalam Elimination Chamber, Berganding The Rock Dalam Wrestlemania?

Dalam satu segmen khas pada Monday’s Raw, Ronda Rousey diumukan sudah menandatangani kontrak rasmi untuk bertanding dalam Elimination Chamber. Rancangan itu akan ditayangkan secara pay-per-view,

Pengarah Umum, RAW, Kurt Angle membuat pengumuman itu di dalam ring, SAP Center di San Jose, California.

Elimination Chamber akan berlangsung dari 25 Februari 2018 ini di T-Mobile Arena, bertempat di Las Vegas. Ini adalah RAW terakhir sebelum WrestleMania 34.

Agak menarik kerana pertempuran terakhir Ronda Rousey di T-Mobile Arena adalah berakhir dengan kekalahan dalam acara UFC.

Rousey dijangka akan melakukan debut dalam Wrestlemania 34 pada April ini. Beliau dijangka akan tag team dengan rakan misteri yang akan diumumkan kelak.

Ramai yang merasakan pasangan beliau adalah Kurt Angle ataupun Braun Strowman. Mungkin juga dengan The Rock? Siapa tahu. Jika benar Rousey bergandingan dengan The Rock, ianya pasti akan mencetuskan fenomena.

Pasukan beliau akan berhadapan dengan pasukan Triple H dan Stephanie McMahon. Perbincangan tentang hal ini masih dijalankan.

Sebelum ini, Ronda Rousey mengumumkan kehadiran beliau ke dalam WWE kepada ESPN. Dalam satu majlis khas oleh WWE, Ronda Rousey masuk ke dalam ring dan disambut meriah oleh peminat WWE.

Ronda Rousey mengakui beliau belum bersedia untuk bersara daripada sukan tempur. WWE adalah antara pilihan terbaik beliau pada masa ini. Beliau juga tidak pernah menutup pintu hati beliau untuk beraksi semula di Octagon pada suatu hari nanti.

Antara pencapaian terbaik beliau dalam MMA adalah memenangi 12 pertarungan secara berturut-turut. Namun pada November 2015, beliau dikejutkan Holly Holm walaupun ketika itu Ronda Rousey diletakkan calon pilihan yang dijangka akan menang mudah.

Selepas berehat panjang, beliau kembali semula ke UFC dan berhadapan dengan Amanda Nunes pada Disember 2017 dalam acara utama UFC 207. Namun malangnya, Ronda Rousey tewas secara TKO selepas hanya 48 saat di dalam gelanggang.

Ronda Rousey mengakui yang beliau adalah peminat gusti sejak kecil dan digelar Rowdy kerana minat beliau kepada pe penggusti Rowdy Roddy Piper.

Nama Ronda Rousey sememangnya sangat gah. Beliau juga pernah beraksi dalam beberap filem termasuk The Expendables 3, Entourage dan Furious 7. Selepas ini beliau juga mucul dalam filem Road House.

Penyertaan Rousey dalam WWE akan memberikan publisiti yang luar biasa kepada WWE. Kontrak Rousey dilaporkan bernilai jutaan dollar setahun. Ronda Rousey telah memberikan impak positif kepada WWE untuk acara wanita.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.