Ronaldo: Saya Lebih Berhak Menang Ballon d’Or, Bukan Messi

Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa beliau adalah jauh lebih baik daripada seterunya Lionel Messi pada ketika ini.

Sebelum ini Cristiano Ronaldo pernah mengakui bahawa beliau berbangga dengan persainggan dengan Messi. Ia telah membuatkan kedua-dua pemain saling mendesak satu sama lain untuk menjadi lebih baik.

Ronaldo juga mengiktiraf Lionel Messi sebagai pemain terbaik yang pernah beliau tentang di atas padang.

Mereka berdua pernah bertemu dalam beberapa siri el clasico ketika di Sepanyol.

Menurut Ronaldo, sukar untuk menyaksikan ada 2 pemain akan berada di pentas sebagai finalis pemain terbaik Uefa untuk 15 tahun berturut-turut.

Lionel Messi dan Ronaldo kini akan bersaing sekali lagi untuk Ballon d’Or. Dan Ronaldo menyatakan beliau adalah yang paling berhak untuk mendapat Ballon d’Or ke-6 itu berbanding Messi.

Kedua-dua pemain, masing-masing ada 5 Ballon d’Or di dalam koleksi mereka. Ronaldo berkata: “Messi akan berada dalam sejarah bola sepak. Namun saya rasa, saya harus menang 6,7, ataupun 8 lebih daripada beliau.”

“Saya sukakannya dan saya rasa saya berhak untuk memenangi Ballon d’Or kali ini.”

“Saya tidak akan menjejak rekod. Tetapi rekod yang mengikuti ssaya. Saya seorang yang ketagih dengan kejayaan. Saya rasa itu bukan benda buruk. Saya rasa ia bagus. Ia memberikan saya motivasi.”

Cristiano Ronaldo, Portugal

“Jika kamu tak ada motivasi, lebih baik kamu berhenti.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.