Ronaldo Mahu Sertai Pasukan Gergasi Eropah Lain Kerana Percaya Juventus Tidak Setaraf Dengannya

Cristiano Ronaldo dilaporkan tidak melihat Juventus berada di tahap yang sama dengannya dan beliau berhasrat untuk menyertai pasukan gergasi Eropah yang lain pada musim panas nanti.

Minggu lalu merupakan minggu yang sukar untuk pemain kebangsaan Portugal itu, ekoran dari tersingkirnya Juventus dari aksi saingan liga Juara-juara.

Ronaldo telah dipersalahkan menjadi punca kepada gol jaringan Sergio Oliveira menerusi sepakan percuma yang membawa Porto mara ke peringkat suku akhir.

Tancredi Palermi mendakwa bahawa wakil Cristiano Ronaldo menganggap pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu berada di tahap yang lebih tinggi dari Juventus.

Kontrak Ronaldo bersama kelab akan berakhir pada tahun 2022 nanti dan beliau kini merupakan penerima gaji tertinggi kelab dengan memperoleh €400,000 seminggu.

Beliau juga telah dikaitkan dengan kepulangan semula menyertai Real Madrid dengan ejennya sendiri Jorge Mendes dilaporkan sudah membuat rundingan dengan kepimpinan Los Blancos.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane sama sekali tidak menolak rumours tersebut, sebaliknya beliau terus memberi pujian yang menggunung kepada Ronaldo.

Zinedine Zidane dalam temu bual bersama Goal telah mendedahkan bahawa:

“Kamu tahu dia jenis pemain yang macam mana, apa yang sudah dia capai dan bagaimana sayangnya kami kepada dia.”

“Dia mencipta sejarah di sini, dia sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Sekarang dia adalah pemain Juventus dan saya tak boleh beritahu kamu tentang apa yang media sedang perkatakan. Dia pemain Juve dan saya akan sentiasa hormati perkara seperti ini.”

Ronaldo sementara itu telah memuat naik status di laman media sosial miliknya berkait minggu suram yang sedang dilalui olehnya.

Bekas pemain Manchester United itu menyatakan di laman Instagram miliknya bahawa:

“Apa yang penting ketika beberapa kali kamu gagal dalam kehidupan kamu adalah, berapa cepat kamu bangkit dan berapa kuat kamu untuk kembali berdiri di atas kaki kamu.. Juara sebenar tidak pernah menyerah.”

“Tumpuan utama kami kini kepada Cagliari, kami mahu beri tumpuan kepada Serie A, dalam perlawanan akhir Italian Cup dan semua benda yang masih boleh kami capai musim ini.”

“Ia adalah sangat benar untuk membuang terus hal yang sudah berlaku, tapi sayangnya bola sepak ada sejarah dan begitu juga saya.”

“Sejarah boleh dipadamkan, ia ditulis setiap hari dengan ketahanan, semangat kesukanan, kecekalan dan banyak kerja keras. Dan kepada sesiapa yang tidak faham ini, dia tidak akan capai kejayaan dalam kehidupan dia.”

Juara bertahan Serie A itu akan bertemu dengan Cagliari pada hujung minggu nanti dan mereka kini berada 10 mata dibelakang pendahulu saingan liga, Inter Milan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.