Ronaldo Impikan Mempunyai Kualiti Ini Dari Messi

Cristiano Ronaldo pernah mendedahkan bahawa beliau sangat teringin untuk memiliki kaki kiri yang hebat seperti Lionel Messi.

Sambil bergurau, Ronaldo dengan riang gembiranya mengakui hal tersebut dengan memuji kehebatan yang dimiliki oleh Lionel Messi.

Bintang Juventus, Ronaldo yang kini berusia 35 tahun dan ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi 33 tahun berkongsi perseteruan luar biasa dalam dunia bola sepak masa kini.

Kedua-dua pemain itu menjadi seteru di dalam padang namun mempunyai hubungan baik di luar padang. Mereka berdua dianggap sebagai dua pemain terbaik dunia sepanjang zaman.

Jelas tidak ada yang boleh menafikan bahawa kedua-dua pemain berkelas dunia itu mempunyai skill yang luar biasa dan kelebihan masing-masing yang mengagumkan.

Bercakap tentang upacara di anugerah Ballon d’or pada tahun 2015 yang lalu, Messi telah memuji Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang mempunyai kualiti sempurna dan setiap pemain menginginkannya.

Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu menjelaskan:

“Cristiano mempunyai banyak kualiti yang kesemua pemain lain sangat ingin memilikinya.”

“Tetapi saya tetap diri saya sendiri dan dia tetap diri dia sendiri.”

Di sisi lain pula, Ronaldo tidak segan dan dengan terbuka menjawab soalan yang ditanya kepadanya tentang kualiti yang ada pada Messi dan beliau inginkan.

Pemenang lima kali gelaran Ballon d’or itu menjawab:

“Saya? Kaki kiri Messi tidak teruk! Mungkin kaki kirinya.”

“Saya juga tidak terlalu teruk dengan kaki kiri saya, tetapi dia mungkin lebih baik.”

Ronaldo dan Messi berada di atas pentas ketika itu bersama bintang Paris Saint Germain, Neymar yang mana mereka ketika itu terlibat dalam satu sesi soal jawab.

Bintang Brazil berusia 28 tahun itu menyatakan:

“Saya fikir saya akan ambil Kedua-duanya. Kaki kiri Messi dan kaki kanan Ronaldo.”

Ronaldo menolak dan menafikan bahawa perseteruan antara beliau dengan Messi tidak hanya berakhir di atas padang.

Ketika sesi undian untuk saingan liga Juara-juara musim lalu, penyerang Juventus itu mengakui bahawa beliau sangat teringin untuk makan malam bersama Messi.

“Saya berkongsi pentas ini bersamanya(Messi) untuk tempoh 15 tahun.”

Jelas Ronaldo.

“Saya tidak tahu sekiranya hal seperti ini pernah terjadi sebelum ini dalam dunia bola sepak. Dua pemain yang sama di pentas yang sama sepanjang masa.”

“Sudah tentu kami mempunyai hubungan yang baik. Kami masih belum pernah makan malam bersama tetapi saya harap ianya akan terjadi nanti.”

“Kami mempunyai persaingan yang sungguh sengit, saya tekan dia dan dia tekan saya juga. Sungguh membanggakan untuk menjadi sebahagian dari sejarah bola sepak dunia. Saya di sana dan sudah tentu dia juga.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.