Ronaldo Gembira Lihat Kesedihan Messi Selepas Tinggalkan Sepanyol

Cristiano Ronaldo mengaku gembira dan suka mendengar kenyataan Lionel Messi bahwa menyatakan dirinya bersedih saat kehilangan Ronaldo yang berhijrah meninggalkan Real Madrid.

Ronaldo mengakui bahwa hubungannya dengan Messi adalah hubungan perseteruan yang positif, bertujuan meningkatkan kemampuan masing-masing.

Ronaldo juga tidak berselingdung bahawa beliau mengkagumi karier Lionel Messi, dan turut gembira pemain dari Argentina itu merasai ketiadaan dirinya di La Liga.

“Saya sungguh mengkagumi karier yang Messi lalui sehingga kini. Messi juga mengatakan bahawa dia memiliki masalah ketika saya pergi dari Liga Sepanyol karena beliau menghargai perseteruan di antara kami,” kata Ronaldo dalam temubual dengan RMC Sport.

Ronaldo melihat  persaingan dirinya dengan Messi sebagai sebuah persaingan yang sihat, meskipun banyak perdebatanmengenai ketidakharmonisan kedua-dua pemain tersebut.

“Benar ia hanya sebuah perseteruan di dalam bola sepak. Kami berdua tidak terkecuali. Michael Jordan juga mempunyai perseteruan dalam bola keranjang. Begitu juga Ayrton Senna dan Alain Prost merupakan seteru hebat di Formula 1,” kata Ronaldo.

Ronaldo kini berada pada musim kedua beliau bersama Juventus. Pada musim lalu, kapten pasukan kebangsaan Portugal itu membantu Juventus mempertahankan kejuaraan Serie A.

Namun demikian, Ronaldo belum lagi memiliki koleksi kejuaraan Champions League bersama Juventus.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.