Bola sepak di Itali akhirnya kembali. Juventus berdepan dengan AC Milan dalam perlawanan kedua Coppa Italia.
Pasukan jaguh Itali, Juventus melepasi saingan pasukan AC Milan yang dikenali dengan Encik Jimi.
Dalam aksi separuh akhir pertama, AC Milan dan Juventus terikat seri satu sama.
Di mana Ronaldo ketika itu menyempurnakan penalti yang dihadiahkan kepada pasukannya. Kali ini beliau gagal melakukannya.
Juventus mendapat sepakan penalti pada babak awal perlawanan. Ini selepas Conti tertampan bola dengan tangannya. AC Milan membantah penalti itu yang disifatkan tidak sengaja.
Ronaldo tampil dengan keyakinan dan mengambil sepakan itu. Namun Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penalti itu.
Sepakannya terkena tiang gol. Donnarumma sudah berjaya mengagak arah bola itu.
Sebaik sahaja penalti itu dikeluarkan dari kawasan bahaya. Rebic yang kerasukan telah mengkungfu Danilo di tengah padang.
Rebic terus dilayangkan kad merah. Jelas sekali ia kekasaran yang tidak boleh diterima akal. Rebic mengangkat kakinya dan memacak tapak kasutnya pada dada Danilo.
pic.twitter.com/K7GfuqrSDV Ronaldo Penalty miss and Rebic Red card😳
— Football Transfers and News (@Footbal33994126) June 12, 2020
Yang peliknya ada pemain Milan yang membantah keputusan pengadil.
Ronaldo's penalty miss and Rebic's red card. Goalless at the break. Juventus with the upper hand. #JuveMilan pic.twitter.com/MFn95sNovh
— TalkSports Ghana (@TalkSports_GH) June 12, 2020
Bermain dengan 10 orang pemain berhadapan dengan pasukan yang ada GOAT – Cristiano Ronaldo, pastinya bukan benda mudah.
AC Milan gagal membalas gol itu dan Juventus pula turut gagal menembusi gawang Donnarumma.
Perlawanan berakhir seri tanpa jaringan di Allianz Juventus. Namun Juve mara ke final dengan peraturan gol di tempat lawan.