Cristiano Ronaldo bukanlah satu-satunya pemain yang pernah memenangi gelaran Premier League, La Liga dan Serie A dalam kariernya seperti yang didakwa oleh Piers Morgan.
Bahkan laman twitter rasmi milik FIFA turut menyatakan hal yang sama dengan menganggap bahawa bintang Portugal itu satu-satunya pemain yang telah memenangi Piala kejuaraan dari tiga liga berbeza, Premier League, La Liga dan Serie A.
Juventus baru sahaja menjuarai gelaran Scudetto kesembilan berturut-turut mereka musim lalu selepas menewaskan Sampdoria 2-0, hasil dari jaringan Ronaldo dan Federico Bernardeschi.
Ronaldo merupakan pemenang dua kali gelaran Serie A, namun ada laporan palsu yang menyatakan bahawa beliau adalah satu-satunya pemain yang berjaya menjulang Piala liga di Itali, Sepanyol dan England.
Only one footballer has ever won the Premier League, LaLiga & Serie A.
And @Cristiano has done it twice…
He’s also just scored 31 goals at the age of 35 to drive Juventus to another title.
That’s why he’s the 🐐
🏆🏆🏆 🇬🇧 Premier League
🏆🏆 🇪🇸 La Liga
🏆🏆 🇮🇹 Serie A pic.twitter.com/0BK91L6EeH— Piers Morgan (@piersmorgan) July 27, 2020
Piers Morgan di laman twitter miliknya telah menyatakan bahawa:
“Hanya seorang pemain bola sepak pernah memenangi Premier League, La Liga dan Serie A. Dan Cristiano Ronaldo telah melakukannya dua kali. Dia juga sudah menjaringkan 31 gol ketika di usia 35 tahun dan membantu Juventus memenangi satu lagi gelaran liga. Kerana itulah beliau(GOAT).”
Sementara FIFA sendiri juga sudah mengeluarkan kenyataan berkait hal yang sama sebelum mereka memadam kenyataan tersebut yang menyatakan:
“10 gol dari 10 perlawanan sejak kembalinya saingan Serie A telah membantu Cristiano Ronaldo menjuarai liga di tiga negara berbeza England, Sepanyol dan Itali. Tiada pemain yang pernah berjaya memenangi gelaran liga dari ketiga-tiga negara tersebut sendiri.”
“Negara itu tidak penting seandainya kamu dari planet berbeza.”
Laporan tersebut dikatakan palsu kerana salah seorang rakan sepasukan Ronaldo di Juventus, Danilo turut berjaya merangkul kejayaan yang sama musim lalu.
Bintang Brazil itu pernah memenangi gelaran La Liga pada musim 2016/17 bersama Cristiano Ronaldo sendiri ketika kedua-dua mereka beraksi bersama Real Madrid.
Beliau juga pernah memenangi dua kali gelaran premier league bersama Manchester City ketika beraksi di bawah kendalian Pep Guardiola sebelum berhijrah ke Turin dengan perjanjian pertukaran pemain dengan Joao Cancelo setahun lalu.
Danilo dengan segera membalas ciapan itu sebelum FIFA memadam kenyataan mereka. Mungkin badan induk bola sepak dunia itu terlupa akan kewujudan beliau ketika membuat kenyataan tersebut.
Noy so fast @FIFAcom
Let’s talk “Danilo already did this. Won the league with Real Madrid , Manchester City and now Juventus.“ pic.twitter.com/IMSbvGPity— 𝐌𝐫 𝐀𝐦𝐩𝐨𝐧𝐬𝐚𝐡 🎩✨ (@realAmponsah) July 27, 2020
— Danilo Luiz (@2DaniLuiz) July 27, 2020
Walaupun beliau jarang dipilih sebagai pemain utama, Danilo kini merupakan antara pemain yang telah berjaya menjulang Piala kejuaraan liga dari empat musim terakhirnya secara berturut-turut.
Sepanjang kariernya, beliau juga berjaya memenangi dua kali gelaran Primeira Ligas bersama Porto dan dua kali bergelar pemenang saingan liga Juara-juara bersama Real Madrid.
Pi