Ronaldo Berang Dituduh Menteri Langgar Arahan SOP Rentas Sempadan

Menteri Sukan Itali menuduh Cristiano Ronaldo melanggar SOP penularan wabak namun ianya dinafikan sekeras-kerasnya oleh bintang Juventus itu.

Ronaldo malah berang dan mengatakan kepulangan beliau ke Itali selepas diuji positif ketika bersama skuad kebangsaan Portugal adalah berdasarkan peraturan ketat yang dikenakan oleh pihak penguasa kesihatan.

Sebelum ini pemain berusia 35 tahun ini didapati positif wabak yang sedang melanda dunia pada ketika ini sebelum perlawanan menentang Sweden yang berakhir dengan kemenangan 3-0 di pertandingan Nations League dan memilih untuk terus pulang ke Turin.

Juventus menyertai skuad Portugal sepanjang tempoh antarabangsa selepas Juventus sendiri sebelum itu digemparkan dengan dua kakitangannya disahkan positif wabak di hotel penginapan pasukan.

Menurut laporan dari Itali, Ronaldo telah melalui dua ujian Covid-19 yang memberi keputusan negatif namun memerlukan satu lagi ujian sebelum dibenarkan terbang ke Portugal tempoh hari.

Juventus bagaimana pun berkata kepulangan Ronaldo ke Turin adalah melalui penerbangan yang dibenarkan oleh pihak kesihatan dan mengikuti prosedur yang ketat.

Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora pula berkata kepada Rai Radio 1 ada kemungkinan peraturan tersebut telah dilanggar kerana tidak ada permihinan spesifik yang diluluskan oleh pihak penguatkuasa kesihatan.

Marca mendakwa Ronaldo bergegas kembali ke Turin untuk membenarkan dirinya bersedia untuk perlawanan menentang Barcelona dua minggu akan datang.

“Saya tidak melanggar apa-apa protokol,” kata Ronaldo melalui Instagram.

“Ada yang mendakwa saya telah melanggar peraturan di Itali, tetapi itu adalah penipuan. Saya telah bercakap dengan pasukan saya dan kami mempunyai tanggungjawab memastikans segala perkara dilakukan dengan betul.

“Semuanya dilakukan dengan pengesahan. Namun secara prinsipal untuk lelaki Itali yang saya enggan namakan di sini, ia adalah satu tuduhan yang penuh penipuan. Saya telah mengikuti segala protokol.”

“Kini saya tinggal di tingkat berasingan dengan anak-anak di tingkat lain. Untuk 10 hari seterusnya, ia akan kekal begitu.

“Ianya sukar kerana tidak boleh berkomunikasi terus dengan mereka, tetapi kita harus menghormati peraturan.”

Bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu turut mendedahkan beliau meluangkan masa sendirian untuk berjemur di matahari sejak mendapat keputusan positif, dan berkata tabiat tersebut telah banyak membantu karier beliau.

“Cahaya matahari banyak membantu. Ramai yang mempunyai persepsi sebaliknya, tetapi ia memberi banyak kebaikkan,” kata Ronaldo lagi.

“Apabila saya ada masa terluang, saya akan berjemur. Di Turin, ia sedikit sukar, tetapi saya sentiasa cuba mencuri 20 atau 30 miniy masa untuk mendapatkan cahaya matahari.

“Saya suka berada di kawasan teres rumah dan berjemur di bawah sinaran matahari. Ia amat penting. Ia memberi kandungan Vitamin C dan D yang tinggi, Selenium, Omega 3, makanan yang sempurna, dan bersukan.

“Ramai orang tidak sukakan semua ini, tetapi berjalan juga penting. Tidur dengan baik, tidur malam yang nyenyak adalah ubat terbaik.

“Semua benda dimatikan, tiada lampu yang dipasang. Terima kasih Tuhan saya tidur dengan nyenyak sekali pada setiap malam, selalunya lapan sehingga sembilan jam sehari.

“Lakukannya, ia amat penting dan mujarab.

“Makan dengan baik, ambilkan banyak sayuran, banyak daun hijau dan jangan ambil manisan untuk mendapatkan imunisasi yang kuat di dalam tubuh badan.”

Cristiano Ronaldo sememangnya seorang pemain yang dikenali sebagai pemain yang mempunyai fizikal badan yang mantap.

Ketika Cristiano Ronaldo diperiksa oleh doktor Juventus untuk prosedur medikal, beliau dikatakan berusia memiliki fizikal 23 tahun. Ianya merujuk kepada kondisi fizikal beliau yang rata-rata dimiliki oleh pemain bola sepak profesional 23 tahun.

Walaupun ia mungkin agak ‘hype’ bagi sesetengah orang namun yang pasti Ronaldo sudah membuktikan fizikal beliau memang jauh lebih muda daripada usia beliau.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.