Ronaldinho Lagi Pandai Main Bola Dari Messi

Martin Cardetti tidak mahu terlibat dalam perdebatan Cristiano Ronaldo vs Lionel Messi. Namun beliau terus memetik King Ronaldinho terus di dalam perbandingannya dengan Lionel Messi.

Cardetti menyatakan, bekas rakan sepasukan beliau ketika di Paris Saint-Germain, Ronaldinho adalah lebih bagus dalam bermain bola sepak berbanding super star Barcelona, ​​Lionel Messi.

Ronaldinho menikmati karier cemerlang bersama dengan Barca, Brazil, Milan dan PSG. Beliau juga memenangi Ballon d’Or 2005, Piala Dunia, Liga Juara-Juara dan La Liga serta banyak lagi, termasuk kejohanan futsal penjara Paraguay.

Messi seringkali yang dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat yang pernah ada oleh peminat Barcelona terutamanya. Messi telah meraih enam Ballons d’Or dengan 10 mahkota La Liga, empat Liga Juara-Juara dan pelbagai lagi piala termasuk satu sijil persaraan yang kemudian ditarik semula.

Di peringkat antarabangsa, Messi masih belum memenangi sebarang kejohanan major dengan negaranya Argentina. Dan beliau masih berpeluang untuk melakukannya dalam masa beberapa tahun lagi, berdasarkan keadaan fizikal beliau yang masih bagus.

Cardetti, yang menghabiskan satu musim bermain bersama Ronaldinho di PSG sebelum pemain Brazil itu pindah ke Barca pada tahun 2003. Beliau telah berkata kepada Crack Deportivo: “Sebagai jurulatih, untuk pasukan saya, saya akan memilih Ronaldinho yang terbaik berbanding Messi.”

“Saya berkongsi padang setahun dengan Ronaldinho dan dia pemain yang berbeza, dia seperti manusia yang disentuh oleh ‘Tuhan’.”

Cardetti juga menyatakan Ronaldinho sangat suka berlatih dan mempelajari skil baharu walaupun rumit. Dia akan berlatih melakukannya, sehinggalah dia dapat melakukannya di dalam perlawanan sebenar.

“Dia selalu bermain dengan tenang dan sangan mudah dengan bola. Dia selalu melakukan sesuatu luar biasa. Dia banyak berlatih perkara baharu dan cuba meniru beberapa skil, sehingga dia dapat melakukannya (skil) di dalam padang ketika perlawanan sebenar.”

Cardetti menganggap Ronaldinho sebagai unik. Dan beliau akan terus menjadi pemain yang diingati dalam sejarah bola sepak.

“Anda melihatnya di dalam latihan, dalam perlawanan dan setiap gerakan yang dilakukannya berbeza dari semua orang,” tambahnya.

“Pemain seperti dia kelihatan sangat jarang dan mereka akan dikenang dalam sejarah bola sepak.

“Saya bangga pernah menjadi rakan sepasukan pemain seperti itu.”

Lionel Messi kini masih bermain untuk Barcelona. Beliau pernah bermain bersama dengan Ronaldinho satu ketika dahulu dan sering menganggap Ronaldinho sebagai pemain penting dalam memberikannya motivasi untuk berjaya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.