Ronaldinho bersama abangnya Roberto de Assis telah dibebaskan dari penjara di Paraguay selepas hakim menerima secara rasmi rayuan keddua-duanya pada awal bulan Ogos.
Bekas bintang Barcelona dan abangmya itu ditahan pada Mac lalu selepas memasuki Paraguay menggunakan pasport palsu.
Kedua-duanya dipindahkan ke sebuah hotel sebagai tahanan rumah, selepas beberapa minggu berada di pejara di Asuncion yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.
Ronaldinho is set to be released from house arrest in Paraguay after over five months detention for using a false passport pic.twitter.com/QFbDVxvY0s
— B/R Football (@brfootball) August 24, 2020
Ronaldinho dan abangnya sebelum itu telah membayar wang jaminan berjumlah $800,000 seorang.
“Arahan penahanan kini telah dibatalkan. Tiada ada lagi sekatan oleh undang-undang Paraguay,” ujar Hakim Gustavo Amarilla kepada mahkamah.
Ronaldinho akan meninggalkan Paraguay pada hari ini, sebelum ini mendakwa pasport yang beliau dan abangnya gunakan diserahkan oleh seorang usahawan Brazilo, Wilmodes Sousa Lira yang kini turut dipenjara.
¡ÚLTIMO MOMENTO! El juez Gustavo Amarilla anunció el fallo: Ronaldinho y su hermano quedan en libertad. pic.twitter.com/Ubs9hP88IX
— SportsCenter (@SC_ESPN) August 24, 2020
Ronaldo dan abangnya berhadapan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapat bersalah.
Antara syarat pembebasan, Ronaldinho dan abangnya harus terlebih dahulu mengaku bersalah memasuki Paraguay menggunakan dokumen palsu sebelum masig-masing didenda $90,000 dan $110,000.
Ronaldinho turut perlu memaklumkan kepada kerajaan Paraguay setiap kali beliau meninggalkan Brazil, manakala abangnya Roberto tidak dibenarkan ke luar negara selama dua tahun.
Malah Roberto dikehendaki melaporkan diri kepada hakim persekutuan di Brazil setiap empat bulan selama dua tahun.