Roman Reigns telah mengumumkan perancangan beliau untuk bersara lebih awal dari dunia WWE sekiranya wabak Koronavirus mengamcam kesihatan dirinya sendiri dan juga keluarganya.
‘The Big Dog’ telah dijadualkan untuk bertemu dengan seterunya Goldberg di pentas teragung, WrestleMania 36 pada April untuk merebut sabuk kejuaraan dunia WWE.
Akan tetapi, selepas isterinya selamat melahirkan anak lelaki kembar sebelum penggantungan WWE ekoran dari penularan wabak, beliau menarik diri dari acara tersebut untuk tujuan mengkuarantinkan dirinya sendiri.
Roman Reigns
Jimmy and Jey Uso
Rikishi
Umaga
RoseyFamily runs deep pic.twitter.com/KdQ8VrFdNT
— B/R Wrestling (@BRWrestling) September 24, 2020
Pemenang tiga kali kejuaraan dunia WWE itu sebelum ini dua kali berjaya terselamat dari ancaman leukaemia.
Beliau sekali lagi berjaya untuk menyandang sabuk kejuaraan dunia WWE selepas menewaskan ‘The Fiend’ Bray Wyatt dan Braun Strowman di Payback pada Ogos lalu.
Perlawanan seterusnya untuk beliau akan berlangsung pada Ahad ini bertemu sepupunya sendiri Jey Uso di acara Clash of Champions.
Beliau akan bertarung dengan sepupunya sendiri dengan bekas anggota The Shield itu dijangka akan tampil dengan penampilan yang baru.
Reigns pertama kali menyuarakan hasratnya untuk bersara awal dari WWE dalam temu bual bersama Corey Graves rancangan ‘After The Bell’ malam semalam.
Beliau turut menjelaskan tentang perancangannya untuk mengambil cuti berehat seandainya tidak bersara lebih awal.
Roman Reigns just cut the promo of his life
The ending was perfect #SmackDown pic.twitter.com/LPzLAQ1uA9
— Alastair McKenzie🏴 (@mckenzieas93V2) September 26, 2020
“Apa yang paling jelas saya fikirkan adalah saya terlalu banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga saya dan kali ini dengan situasi seperti ini saya rasa saya tidak akan berkorban.”
“Saya lebih memilih untuk korbankan karier saya, korbankan persembahan, saya juga akan korbankan penyokong yang saya ada. Ia untuk melindungi keluarga saya, saya akan bersara. Saya akan gantung boots saya.”
“Saya sudah melakukan segalanya yang saya perlu lakukan dalam dunia yang saya ceburi ini termasuk sukan hiburan atau gusti professional. Tidak ada detik atau kejayaan yang belum saya capai.”
Roman Reigns opens up about skipping WrestleMania 36 pic.twitter.com/ifMux4dHJg
— B/R Wrestling (@BRWrestling) September 24, 2020
“Tidak kira ianya detik di pentas WrestleMania sehingga ke detik di acara mingguan. Saya sudah melalui semuanya yang perlu saya lalui.”
“Bagi saya, ianya adalah masa paling sesuai untuk mendahulukan keluarga dahulu dan sekiranya saya perlu untuk bersara dan itulah yang akan saya minta terlebih dahulu, saya akan melakukannya.”
“Buat kali pertama setelah sekian lama, akhirnya saya berfikir untuk mengutamakan keluarga saya, mereka yang terbaik.”
Reigns juga mengakui bahawa beliau perlu lebih diyakinkan untuk kembali beraksi di pentas WWE, kerana menurut penggusti berusia 35 tahun itu beliau sudah meminta jaminan dari Vince McMahon bahawa ianya selamat untuk beliau kembali bekerja.
Before #WWEClash of Champions, Universal Champion @WWERomanReigns sits down with @WWEGraves for an @AfterTheBellWWE you won't want to miss! https://t.co/JEn8mEKQLq
— WWE (@WWE) September 23, 2020
“Ianya tiada apa yang boleh mengubah fikiran saya bahawa saya perlu pergi jauh dan tunggu sehingga kita semua berada dalam keadaan yang lebih bagus, yang mana kalau boleh ketika itu virus ini sudah hilang dan semua orang bebas dari dijangkiti.”
“Saya cuma rasa lebih selesa dengan cara bagaimana saya menjaga diri saya dan bagaimana saya memastikan keluarga saya selamat, saya mahu isteri saya berasa selamat sekiranya saya keluar dan masuk.”
“Ianya sangat sukar untuk memujuk saya masuk kembali beraksi ke gelanggang dalam situasi seperti sekarang.”