Pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo mendedahkan Jose Mourinho pernah terpaksa meleraikan satu pergaduhan besar melibatkan dirinya dengan Zlatan Ibrahimovic yang semakin hilang kawalan.
Kedua-duanya beraksi bersama selama dua musim di Old Trafford setelah pemain dari Sweden berpindah dari PSG ke England pada 2016.
Namun walaupun telah memenangi Piala Liga dan Europa League bersama-sama, tidak semuanya berjalan lancar.
Dan pemain antarabangsa Argentina itu mengenang kembali salah satu insiden yang berlaku di bilik persalinan.
Masalah timbul apabila Rojo memanggil Ibrahimovic dengan gelaran ‘Si hidung besar’.
Marcos Rojo on a bust up with Ibrahimovic 🗣
"He wanted us to give him all the balls, but during a game phase I saw him ask for it and I passed it to Pogba. He started yelling at me, raising his hand..
I said to him: 'what's going on with you big nose? Shut up.'" pic.twitter.com/Ycvhid2aib
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 18, 2020
“Dia mahukan setiap bola. Kami sedang mendahului 1-0 di Old Trafford pada ketika itu, dan menguasai bola,” kata Rojo.
“United sedang menyukarkan lawan. Saya beraksi sebagai pemain pertahanan tengah. Saya beraksi dan harus melakukan hantaran separuh padang.
“Kemudian dia [Ibrahimovic mengundur. Saya berpeluang untuk melakukan hantaran membelah garisan lawan. Tetapi pada masa yang sama Pogba keseorangan di sebelah kiri, dan saya memberikan bola kepada beliau.
“Selepas itu Pogba mulai berlagak menunjukkan kebolehannya, dan Zlatan [Ibrahimovic] mula menyumpah seranah.
“Saya pun berkata: ‘Diamlah. Setiap hantaran pun anda mahu.” Saya menjerit agak kuat pada ketika itu. Kami menamatkan babak pertama dan kembali ke bilik persalinan.
“Di tempat duduk di bilik persalinan, saya membuka kasut but.
Marcos Rojo and Zlatan Ibrahimovic had a fight at half-time in a Europa League game back in 2017 🤣 pic.twitter.com/zwKI1dDA4Z
— B/R Football (@brfootball) February 18, 2020
“Kemudian dia datang kemarahan dan menyepak sesuatu. Dia berhenti dan menjerit kepada saya: “Apa kau katakan kepada saya?”
“Saya juga berhenti dan berkata – ‘Apa yang kau katakan kepada saya’ – Dalam diri saya pada ketika itu mengharapkan ada rakan sepasukan yang akan meleraikan kami kerana dia boleh sahaja membunuh saya.
Dan pada ketika itu Mourinho memutuskan untuk masuk campur meleraikan situasi panas yang timbul antara kedua-dua pemain.
“Dan semua pemain Inggeris, yang berbadan besar cuba meleraikan kami sebelum Mourinho datang menjerit dan menyepak botol. Bilik persalinan pada ketika itu amat bersepah.
“Semuanya bagaimanapun selesai, dan kami menang.
Rojo on Ibrahimovic row:
“I said to him: 'What's going on with you, big nose? Shut up'. I knew that if he caught me he would kill me so the only thing for me to do was face him…
"And in the middle, Mourinho was trying to calm us down.”
😤😤😤 pic.twitter.com/Ue0mCl7zlX
— Goal (@goal) February 18, 2020
“Pada keesokkannya ketika sarapan, leher saya tiba-tiba dicekik dari belakang sehingga saya tidak boleh berpusing. Dan beliau berkata – “Apa yang kau katakan kepada saya?” – dan mula ketawa.
“Nasib baiklah gerakan karate dari Zlatan itu hanyalah gurauan. Pada ketika itu saya berfikir , habislah saya. Mustahil untuk lepaskan diri.”
Rojo kini berusia 30 tahun dipinjamkan ke Estudiantes sejak Januari lalu.
Beliau tampil dalam 122 perlawanan untuk United sejak menyertai kelab itu dari Sporting Lisbon pada 2014.
Namun kini semakin jelas Rojo tiada dalam perancangan Ole Gunnar Solksjaer selepas hanya tampil dalam sembilan perlawanan sejak musim lalu di bawah kendalian pengurus dari Norway itu.