Robinho Kembali Sertai Santos Dengan Gaji RM1469.28 Sebulan

Gaji minima di negara ini yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM1,200. Jika dibandingkan dengan nilai tersebut, ini bekas bintang Brazil, Robinho kini menerima gaji yang lebih kurang sahaja dengan gaji minima di Malaysia.

Robinho baru-baru ini dilaporkan secara sukarela menyertai Santos dengan pendapatan £52 seminggu atau sekitar £200 sebulan.

Robinho merupakan antara bintang utama Manchester City pada 2008 selepas pengambilalihan kelab oleh Sheikh Mansour.

Namun perpindahan dari Real Madrid tersebut tidak mendatangkan impak yang dikehendaki. Beliau sempat mencetak 16 gol dari 53 perlawanan sebelum kembali menyertai Santos 18 bulan kemudian secara pinjaman.

Pada 2010, Robinho sah meninggalkan City untuk menyertai AC Milan, sebelum sekali lagi kembali ke Santos, dan kemudiannya menyertai beberapa kelab lain seperti Guangzhou Evergrande, Atletico Mineiro, Sivasspor dan Istanbul Basaksehir.

Selepas membantu Basaksehir munjual juara Turki pada musim lalu, Robinho yang kini berusia 36 tahun, mengambil keputusan untuk kembali ke Santos sekali lagi, dan berkata beliau tidak sepatutnya pergi ke Real Madrid pada 2005.

Kali ini kepulangan Robinho adalah untuk membantu kelabnya yang berhadapan dengan krisis kewangan.

“Ia sentiasa seperti rumah saya di sini,” kata Robinho di laman sesawang Santos.

“Tujuan saya ialah untuk membantu di dalam dan juga di luar padang, dan mengembalikan Santos ke tahap tertinggi, di mana saya tidak sepatutnya tinggalkan.

“Ia adalah perasaan yang amat bahagia dapat kembali ke kelab yang seperti diwujudkan untuk saya. Di sinilah saya membesar. Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi pemain bola sepak, dan Santos menjadikan segala impian menjadi kenyataan.

“Santos melalui tempoh yang sukar sekarang. Jadi inilah masanya untuk mereka yang mampu berbuat sesuatu bertindak. Saya mahu membantu kelab yang sentiasa memberikan segalanya untuk saya.

“Santos sudah memberikan banyak perkara kepada saya, dan apa yang saya lakukan ini sebenarnya masih kecil jika mahu dibandingkan.

“Saya akan bermain dengan gaji minima, tetapi perkara terpenting ialah untuk berada di sini. Secara fizikal dan mental, saya masih ada sesuatu untuk ditawarkan. Selepas seketika saya pasti ia akan bertambah baik.”

Pada prestasi terbaiknya, tidak ada siapa boleh menafikan Robinho adalah antara pemain terbaik bola sepak pernah saksikan.

Bermula pada usia 18 tahun, Robinho mulai mencipta nama bersama Santos di Brazil.

Kepantasan yang dimilkinya berserta skil individu yang dipamerkan menyebabkan ramai menyamakan beliau dengan legenda tersohor, Pele.

Robinho kemudiannya menyertai Real Madrid pada 2005, dimana beliau dikenang sebagai antara bakat bola sepak terhebat dunia.

Perpindahan ke Manchester City dengan nilai £32.5 juta pada 2008 bagaimanapun adalah permulaan kepada kemerosotan Robinho.

Selepas musim pertama yang baik di England, Robinho gagal menempatkan dirinya selaku pemain yang diharapkan sebelum dijual kembali selepas hanya 18 bulan.

Sikap dan keyakinan diri yang melampau dikatakan sebagai punca utama Robinho sukar meyakinkan Mark Hughes dan kemudiaanya Roberto Mancini sebagai pengurus pada ketika itu.

Robinho kemudiannya menyertai AC Milan selama empat musim sebelum kembali ke Santos pada 2014.

Setelah itu, Robinho turut pernah beraksi di China, dan kini pada usia 36 tahun beliau kini beraksi bersama Istanbul Basaksehir di Divisyen 1 Turki.

Tempoh terbaik Robinho mungkin sudah berlalu, tetapi mereka yang membesar ketika nama Robinho sedang memuncak tidak akan bosan menyaksikan aksi yang ditampilkan ketika perlawanan.

Gabungan kepantasan dan tipu helah, pemain kelahiran Sao Vicente ini seolah-olah mempersendakan lawan ketika berhadapan dengan pemain pertahanan lawan.

Masalah di luar padang dan sikap menyebabkan potensi beliau terjejas. Kita mungkin tertanya, sejauh manakah Robinho akan pergi sekiranya mampu menjaga dirinya satu ketika dahulu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.