Robert Lewandowski kini menjadi pemain keempat dalam saingan liga Juara-juara yang berjaya menjaringkan lebih 70 gol dari semua penampilannya dalam kejohanan tersebut.
Penyerang handalan Bayern Munich itu berjaya mencipta jaringan ke-69 dan 70 dalam perlawanan menentang Red Bull Salzburg awal pagi tadi.
Dalam kemenangan 6-2 Bayern menewaskan Salzburg, Robert Lewandowski cemerlang menjaringkan dua gol dan seterusnya mencatatkan nama beliau sebagai pemain keempat dalam senarai penjaring terbanyak liga Juara-juara sepanjang zaman.
Champions League goals since the start of last season…
– Robert Lewandowski: 16
– Erling Haaland: 12
– Serge Gnabry: 9
– Memphis Depay: 6
– Raheem Sterling: 6 🤜🤛#UCL pic.twitter.com/SD2gv562qm— BettingOdds (@BettingOddsUK) November 3, 2020
Lewandowski hanya memerlukan satu gol sahaja lagi untuk menyamai rekod yang dimiliki oleh Raul yang telah menjaringkan 71 gol dalam semua penampilannya di pentas liga Juara-juara.
Di kedudukan pertama adalah Cristiano Ronaldo yang telah berjaya menjaringkan 130 gol, kedua Messi yang mencatatkan 117 gol, ketiga Raul yang berjaya merekodkan 71 gol dan tempat keempat adalah Lewandowski yang berjaya menjaringkan 70 gol dalam saingan liga Juara-juara.
Kemenangan Bayern Munich dalam perlawanan awal pagi tadi juga merupakan kemenangan ke-16 mereka dalam saingan liga Juara-juara secara berturut-turut.
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Bayern Munich terlebih dahulu telah ketinggalan seawal minit ke-4 permainan selepas Mergim Berisha membuka tirai jaringan untuk Salzburg.
Robert Lewandowski berjaya mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-21 permainan menerusi sepakan penalti.
Robert Lewandowski has now scored 69 Champions League goals. He is only 2 away from Raul who is the 3rd highest scorer in the competitions history
Ronaldo: 130
Messi: 117
Raul: 71
Lewandowski: 69#ChampionsLeague pic.twitter.com/bt5KTtA8Me— Football Index Guru (@IndexGuru) November 3, 2020
Sebelum tamat babak pertama perlawanan, Bayern Munich berjaya peroleh jaringan pendahuluan selepas Rasmus Kristensen menjaringkan gol sendiri.
Pada minit ke-66, Masaya Okugawa berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Salzburg mengikat Bayern Munich dengan kedudukan 2-2.
Jerome Boateng dan Leroy Sane berjaya menjaringkan gol ketiga dan keempat untuk Bayern pada minit ke-79 dan 83 permainan dan kedua-duanya hasil bantuan jaringan dari Joshua Kimmich.
Lewandowski berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini dan gol ke-70 beliau dalam kejohanan liga Juara-juara pada minit ke-88 permainan seterusnya menjadikan kedudukan Bayern mendahului 5-2.
🔎 | FOCUS
Robert Lewandowski continued his fantastic 2020 against Salzburg, scoring his 69th and 70th career Champions League goals in the process:
⏱️ 90' played
👌 46 touches
⚽️ 2 goals
🥅 5 shots/2 on target
🔑 4 key passes
🚀 3 clearances
📈 8.4 SofaScore rating#UCL pic.twitter.com/Ol8xDqnQ2y— SofaScore (@SofaScoreINT) November 3, 2020
Lucas Hernandez berjaya melengkapkan kemenangan bergaya Bayern Munich menewaskan Salzburg apabila beliau berjaya mencatatkan namanya sebagai penjaring gol keenam ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan.
Bayern Munich cemerlang membelasah Red Bull Salzburg dengan keputusan 6-2 dan meletakkan mereka di kedudukan pertama dalam kumpulan A selepas mengumpul 9 mata dari tiga perlawanan.