Rio Ferdinand: “Penyokong Manchester City Bukan Ramai Sangat Pun”

Rio Ferdinand telah meng-troll Manchester City dengan menyatakan dia tak tahulah pula kalau Manchester City ada penyokong yang ramai?

Menurut Rio Ferdinand, berdasarkan apa yang dia tahu selama ini, Manchester City bukannya ada penyokong sangat.

Ferdinand percaya bahawa Manchester itu akan sentiasa merah walaupun apa yang berlaku di atas muka bumi ini.

Ferdinand dalam ulasannya di sebelah Joe Hart, berkata: “Apabila kamu lihat pada penyokong Manchester City, well, penyokong Manchester City ni bukannya ramai sangat pun.”

Joe Hart yang ada di situ, hanya mampu terkejut dengan wajah cover line dan berkata wow. Lalu Hart tergelak dengan luka di dalam hatinya mendengar ejekan daripada Ferdinand itu.

Begitu juga dengan Gary Lineker yang turut tergelak kecil mendengar kenyataan Ferdinand itu.

Kenyataan Ferdinand itu turut disambut gembira ramai netizen terutama sekali penyokong Manchester United.

Mereka juga tergelak melihat kelakuan Joe Hart yang berkata wow, seolah olah tidak ada buah untuk melawan troll daripada Rio Ferdinand yang sangat savage.

Namun bagi penyokong Manchester City, perkara ini bukannya kelakar pun. Mereka menyatakan bahawa kelab mereka memiliki ramai penyokong dan sokongan itu semakin kuat sejak mereka kaya raya.

Begitulah kehebatan Ferdinand yang tidak mampu dinafikan, masih sama seperti dahulu, ketika beliau masih merumput.

Namun Sterling pernah menyatakan ramai pihak tak menghormati Man City macam Liverpool. Mungkin inilah yang dimaksudkan Sterling?

Ferdinand membuatkan Joe Hart terkedu. Sungguh hebat permainan insan bernama Ferdinand ini.

Beliau dianggap antara bek tengah terbaik di dalam generasi beliau satu ketika dahulu. Gandingan beliau dengan Nemanja Vidic ketika era Manchester City tak kaya lagi, sangat kental.

Manchester City turun dalam aksi berhadapan dengan Real Madrid pada aksi kalah mati UCL awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola berjaya memenangi perlawanan itu dengan kebangkitan lewat perlawanan.

City ketinggalan lebih awal dalam aksi tersebut menerusi jaringan Isco. Namun gol oleh Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne (penalti).

Pertarungan second leg akan berlangsung 3 minggu lagi.

City mahu menjurai Liga Juara Juara Eropah pada musim ini. Satu satunya piala yang tiada dalam kabinet mereka.

Selain itu, ini mungkin peluang terakhir mereka untuk melakukannya, jika rayuan mereka di Mahkamah CAS gagal.

Manchester City ketika ini dikenakan penggantungan daripada 2 edisi UCL. Ini selepas mereka didapati melakukan kesalahan pelanggaran FFP.

Manchester United pula akan beraksi dalam pentas Europa League berhadapan dengan Club Brugge, pada aksi awal pagi esok waktu Malaysia.

Dalam perlawanan pertama, Man United seri 1-1 dengan Club Brugge. Mereka memerlukan kebangkitan untuk mengikat Club Brugge – hasil jaringan penyamaan Anthony Martial.

Mampukah kedua dua kelab Manchester ini menamatkan musim sebagai juara UCL dan UEL?

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.