Rio Ferdinand mendakwa bahawa ada penyokong Wolves yang menggelarnya monyet ketika aksi kemenangan 2-1 Manchester United menewaskan Wolves malam semalam.
Anthony Elanga dan Juan Mata kedua-dua mereka menjaringkan gol dalam aksi kemenangan setan merah di Molineux Stadium malam semalam.
Kedua-dua mereka membantu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer untuk mencatat kemenangan di hari terakhir saingan premier league musim ini.
Wolves fan arrested at Molineux after racist 'monkey chant' towards Rio Ferdinandhttps://t.co/IRUL53GiIf
— talkSPORT (@talkSPORT) May 23, 2021
Setan merah mengakhiri musim ini di kedudukan kedua dalam carta liga seterusnya mengesahkan tempat untuk mereka mara ke saingan liga Juara-juara musim hadapan.
Walau bagaimanapun, telah berlaku satu insiden yang agak memalukan dan telah mencemari aksi perlawanan terakhir liga musim ini di Molineux Stadium.
Legenda Manchester United, Rio Ferdinand telah berkongsi pengalaman beliau dihina oleh penyokong Wolves ketika perlawanan tersebut dilangsungkan.
Rio Ferdinand memuat naik status di laman twitter dengan menulis:
“Beberapa minggu terakhir ini, sukar untuk melihat penyokong boleh kembali semula.”
Man arrested after racist gesture to Rio Ferdinand at Wolves https://t.co/DVTEuQoRFR
— The Guardian (@guardian) May 23, 2021
“Walau bagaimanapun, kepada penyokong Wolves yang telah ditangkap kerana memanggil saya monyet.”
“Kamu perlu disingkirkan dari dunia bola sepak dan diberi pengajaran. Mari bertemu saya dan saya akan bantu kamu untuk faham apa rasanya bila berdepan dengan hinaan berunsur perkauman.”
The last couple weeks, it’s been unreal to see fans back. However
To the Wolves fan who has just been thrown out for doing a monkey chant at me. You need to be dismissed from football & educated. Come meet me & I will help you understand what it feels like to be racially abused!
— Rio Ferdinand (@rioferdy5) May 23, 2021
Laman rasmi Wolves kemudian membalas dakwaan Ferdinand dan membuat permohonan maaf secara terbuka serta mengesahkan bahawa si pelaku sudah ditangkap dan akan digantung seumur hidup dari masuk ke stadium.
Kelab premier league dalam kenyataannya telah menyatakan:
“Kami sangat meminta maaf kepada Rio. Orang itu tidak mewakili kelab kami, penyokong kami atau sikap kami.”
“Kami boleh sahkan bahawa individu tersebut sudah ditangkap oleh @WMPolice, yang mana kami akan pastikan hukuman berat akan dikenakan keatasnya termasuk penggantungan seumur hidup sebagai penyokong kami.”
We are deeply sorry Rio. This person does not represent our club, our supporters or our values.
We can confirm that this individual has been arrested by @WMPolice, who we will support to ensure that the strongest action is taken, including a lifetime ban from our club. https://t.co/O17p87QzZ0
— Wolves (@Wolves) May 23, 2021
West Midlands Police kemudiannya mengesahkan hal tersebut di laman twitter mereka dengan mendakwa Individu berusia 31 tahun itu telah ditangkap atas kesalahan menghina Ferdinand.
Mereka turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan bertoleransi terhadap isu kebencian dalam dunia bola sepak.
#ARRESTED | A 31-year-old man has been arrested at the @Wolves v @ManUtd match this afternoon after a racist gesture was directed at @rioferdy5 We will not tolerate football hate crime @StuartWardWMP
— West Midlands Police (@WMPolice) May 23, 2021
Bercakap di studio BT Sport selepas insiden tersebut, Ferdinand menegaskan bahawa individu tersebut merupakan contoh orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan tak mampu membezakan mana betul dan mana salah.
Penyampai BT Sport itu menjelaskan:
West Midlands Police arrest Wolves fan for racially abusing Rio Ferdinand https://t.co/mHIZkUOrNh
— Indy Football (@IndyFootball) May 23, 2021
“Ia sangat mengecewakan, orang sudah menunggu berbulan-bulan untuk kembali ke stadium bola sepak dan kamu datang dengan sikap jahil begitu. Tidak diminta, tidak diperlukan dan tidak diinginkan langsung.”
“Tapi itu hanyalah sebilangan kecil sahaja. Penyokong sudah ada di sini, suasana yang sungguh menakjubkan dan hanya seorang itu sahaja yang cuba merosakkannya untuk semua orang.”
“Seseorang yang tidak mempunyai kesedaran langsung terhadap persekitaran dia, situasi semasa seperti sekarang dan seseorang yang tidak ada ilmu untuk tahu apa betul dan apa yang salah.”
"I'd love to meet up with the fella and just educate him a little bit.
"Punishing people without education isn't the way forward."@rioferdy5 offers his thoughts and feelings on a shameful racist incident at Molineux.
The person in question is in police custody.#DrawTheLine pic.twitter.com/acVqs8ngHB
— Football on BT Sport (@btsportfootball) May 23, 2021