Richarlison Mengejek Liverpool Selepas Juara Bertahan Itu Dibantai Aston Villa

Bintang bernombor tujuh Everton, Richarlison telah memuat naik gambar dirinya sendiri di laman twitter pada malam Ahad lalu, dan para peminat beranggapan bahawa beliau sedang mengejek Liverpool.

Seteru utama Everton, Liverpool telah dibelasah 7-2 oleh Aston Villa kemarin dalam perlawanan saingan premier league.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris terciduk di Villa Park selepas Ollie Watkins mencipta hat-trick dibabak pertama perlawanan dan membantu pasukannya membenam the reds 7-2.

Ramai yang beranggapan bahawa Liverpool akan menang mudah dalam perlawanan itu dengan kemampuan dan kehebatan mereka.

Namun ternyata skuad kendalian Dean Smith beraksi lebih baik dan taktikal yang mereka rencanakan lebih menjadi dan berjaya peroleh kemenangan penuh bersejarah.

Sebaik tamat perlawanan tersebut, penyerang Brazil, Richarlison berkongsi gambar belakang dirinya yang mempamerkan nombor jersi beliau bernombor tujuh.

Para peminat yakin bahawa pemain berusia 23 tahun itu melakukan hal tersebut dengan sengaja dengan niat untuk mempersenda kekalahan seteru utamanya itu.

The Toffees kini sedang memimpin carta liga selepas mereka berjaya memenangi kesemua empat perlawanan liga musim ini.

Sementara Liverpool sendiri pula telah menjadi Juara bertahan pertama yang bolos tujuh gol dalam saingan liga sejak dari tahun 1953.

Jurgen Klopp sendiri sangat terkejut dengan keputusan itu dan kecewa melihat aksi buruk yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya.

“Ianya seperti kami hilang rentak selepas ketinggalan 1-0.”

Jelas Klopp kepada BBC Sport sebaik perlawanan berakhir.

“Siapa mahu kalah sampai 7-2.”

“Setahun dahulu kami beritahu diri kami sendiri bahawa kami mahu mencipta sejarah. Dan ini sejarah yang kami cipta tapi jelas sekali ini adalah sejarah yang tidak patut.”

“Kami mempunyai peluang keemasan yang tidak kami gunakan, tetapi bila kamu bolos sampai tujuh saya tidak pasti adakah kamu mampu untuk kembali bangkit mengikat kedudukan menjadi 7-7.”

Kecederaan yang menimpa penjaga gol utama Liverpool, Alisson menyebabkan Adrian diturunkan sebagai penggantinya.

Sayangnya, penjaga gol dari Sepanyol itu telah melakukan beberapa kesilapan hingga gawang golnnya dibolosi dengan mudah.

“Kami membuat begitu banyak kesilapan yang paling besar dan jelas.”

Sambung pengurus dari Jerman itu.

“Ianya bermula dari gol pertama lagi dan berpunca dari gol itu kami membuat banyak lagi kesilapan selepas itu.”

“Kami kehilangan bola di kawasan yang salah dan tidak mengawalnya dengan baik. Jelas sekali kami hilang rentak selepas ketinggalan 1-0. Yang pasti ini bukan alasan.”

“Kebiasaannya kamu boleh ketinggalan dan buat perkara yang kamu mahu. Kami mencipta ruang tetapi kami tidak menjaga kawasan kami dengan baik, jadi setiap kali kami kehilangan bola kami akan hadapi serangan balas yang begitu berkesan.”

“Sebab itu lah kami bolos dan tiga gol datang dari deflected. Ianya sangat malang, tetapi ia juga bukan kebetulan, ia pastinya kerana halangan yang tidak kemas dari pemain. Tiada siapa boleh dipersalahkan melainkan saya dan kami semua.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.