Ric Flair adalah nama legenda dalam duni gusti dan tersenarai dalam WWE Hall Of Fame sebanyak 2 kali. Beberapa laporan di AS melaporkan legenda ini bakal ke layar perak dengan debut penuh buat pertama kali.
Penggusti WWE dan Hollywood bukanlah perkara yang asing. Hulk Hogan, Roddy Piper The Rock, John Cena dan ramai lagi sudah ada filem mereka di Hollywood.
Populariti dan pengaruh mereka membuatkan mereka sentiasa mendapat perhatian daripada pengarah Hollywood membawa mereka ke set penggambaran. Namun begitu, Ric Flair sebelum ini tidak pernah berlakon secara penuh dalam sesuatu filem atau drama.
Ric Flair hanya pernah melakukan kemunculan khas dalam siri Baywatch pada 1996 dan juga sebagai leathe faced old man dalam filem Magic Mike XXX.
Flair sebelum ini lebih selesa untuk fokus kepada gusti sahaja berbanding dengan memikirkan soal berlakon. Beliau mendapat banyak tawaran berlakon pada zaman kegemilangan beliau.
Beliau dikatakan sudah masuk kelas lakonan untuk berlakon dalam filem Uncle Steamroller & Champion Rabbit. Flair mendapat sokongan daripada keluarga termasuk anaknya, Charlotte Flair yang kini merupakan juara SmackDown.
Flair sudah pun berusia 69 tahun. Menikmati kegemilangan karier gusti sejak 1970. Ric Flair antara penggusti yang paling berpengaruh satu ketika dahulu.
Namun begitu, wakil Ric Flair menyatakan yang bintang itu masih belum memulakan penggambaran. Ianya masih lagi dipersetujui secara prinsipal buat masa ini. Kontrak itu masih lagi belum rasmi.
Filem Uncle Steamroller & Champion Rabbit lebih kepada filem berkonsepkan komedi. Ianya filem yang mengisahkan bekas askar perang di Iraq yang berjuang untuk memenangi kejuaraan gusti dunia kategori heavyweight. Beliau berjuang untuk bangkit selepas diuruskan pengurus yang gagal.
Peranan Ric Flair dalam filem ini adalah sebagai presiden World Wrestling Union. Dalam temu raman dengan The Wrap, Ric Flair berkata:
“Saya terpersona dengan skrip yang indah dan merasakan filem ini sangat menghiburkan. Ada beberapa babak jenaka dan juga baba menyentuh perasaan turut dimuat di dalam filem ini.”
“Saya jangkakan filem ini akan memberikan inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Lagipun filem ini sangat sesuai dengan saya yang merupakan ahli gusti. Saya tak sabar untuk untuk melihat filem ini menemui penonton di seluruh dunia.”
Filem ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan, 2019. Sama-samalah kita nantikan filem ini.