Pemain muda, Rhian Brewster mempamerkan sisi Paul Gascoigne dalam dirinya apabila telah melayangkan kad kuning kepada pengadil sekaligus mencetuskan suasana kelakar.
Rhian Brewster kini bermain bersama Swansea telah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Preston North End yang berkesudahan seri 1-1.
Pemain yang dipinjamkan oleh Liverpool ke Swansea itu telah menemui kad kuning yang terjatuh di atas padang dan nyata kad itu milik pengadil.
Sebagai warga negara yang baik dan sopan, Brewster mengutip kad itu lalu menghampiri pengadil dengan berlari anak.
Dengan tiba-tiba Brewster telah melalukan gaya seorang pengadil dengan melayangkan kad kuning kepada pengadil perlawanan, Geoff Eltringham.
Pengadil sangat sporting dan melayan karenah Brewster dengan satu senyuman dan menepuk anak muda itu sebagai tanda terima kasih.
Rhian Brewster scores and then turned referee earlier on 🤣🤣🤣
— Redmen TV Academy (@RedmenAcademy) February 1, 2020
Apa yang dilakukan oleh Rhian Brewster ini telah mengimbau kembali aksi sama yang dilakukan oleh pemain lagenda England, Paul Paul Gascoigne.
Gazza merupakan gelaran Paul Gascoigne dikenali sebagai pemain bola sepak Inggeris berbakat paling semulajadi ketika eranya.
Kembali ke tahun 1995 ketika Gazza bersama pasukan Rangers di mana beliau telah mengutip kad yang dijatuhkan oleh pengadil perlawanan, Dougie Smith.
Selepas mengutip kad kuning itu, Gazza mahu bergurau senda dengan Dougie Smith dengan melayangkan kad kuning kepada pengadil.
Tetapi Dougie Smith mungkin tidak berada dalam emosi yang bagus ketika itu dan tidak boleh di bawa bergurau.
Selepas mengambil kad, Dougie Smith telah memanggil Gazza dan melayangkan kad kuning tanpa berterima kasih. Mungkin itu tanda terima kasih mungkin?
It’s 24 years to the day since Paul Gascoigne jokingly booked the referee, unaware the official recently had their sense of humour replaced with a slab of cement.
Game’s gone, Jeff.pic.twitter.com/pTVbNo3g9i
— Proper Football (@sid_lambert) December 30, 2019
Gazza terus berlalu pergi seolah tidak percaya dengan tindakan pengadil yang menganggap gurauannya itu sebagai satu tindakan yang biadap.
Mujurlah Geoff Eltringham boleh dibawa bergurau, kalau tidak memang kena kad kuning la Brewster.