Republik Czech Panggil 22 Pemain Baharu Termasuk Filip Nguyen Untuk Debut Lawan Scotland

Ia pasti menjadi kempen UEFA Nations League yang pelik buat Republik Czech kerana tidak dapat mengumpul skuad terbaiknya untuk pertandingan itu.

Untuk perlawanan menentang Scotland pada awal pagi nanti, Republic Czech terpaksa menyandarkan cabaran mereka kepada 24 pemain yang rata-rata tidak pernah mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

Daripada senarai 24 pemain itu, hanya dua pemain mempunyai pengalaman, iaitu pemain pertahanan berusia 36 tahun, Roman Hubnik yang kali terakhir beraksi untuk negaranya pada 2016.

Seorang lagi pemain ialah penyeramg berusia 30 tahun, Stanislav Tecl yang hanya memiliki 5 caps bersama negaranya sebelul ini.

Tindakan drastik ini terpaksa diambil oleh Republic Czech selepas salah seorang kakitangan mereka disahkan positif wabak Kovid-19, yang memaksa pemain bintang seperti pemain tengah West Ham, Tomas Soucek dan penyerang Roma, Patrik Schick dikuarantin.

Di sebalik musibah yang menimpa itu, UEFA menegaskan perlawanan yang dijadualkan di Olomouc pada awal pagi nanti harus diteruskan, walaupun Republic Czech sebelum ini berkata perlawanan tersebut telah dibatalkan, sehingga menimbulkan kekeliruan.

Keadaan tersebut memaksa jurulatih, David Holoubek menyandarkan cabaran pasukannya kepada majoriti muka baru yang akan membuat debut dalam perlawanan ini.

Turut dipanggil adalah penjaga gol kacukan Czech-Vietnam, Filip Nguyen yang beraksi bersama Slovan Liberec.

Penjaga gol itu sebelum ini dikatakan sedang melalui proses dokumentasi untuk dinaturalisasikan. Atas sebab tidak diketahui, tiada sebarang perkembangan terkini mengenai proses tersebut.

https://www.facebook.com/FilipNguyenOfficial/photos/a.156557658357012/603971426948964/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARApiMI6_d4xqdfcvIlV9qXC_kTLa5tQK4sftSckXSoQY7Z5JtZf0pGFnaD8cx0qXkQEVr-NL9SmTgWhgwsZAjZ5cmcS0jNIiITQhARbZtVseB6QkqJG-kxWGjWM8mxSFagby3E2VNwgX5xm8mVWUqdZY2Aw2GmFw3oFGx4cpKRvzSmMt9GKL6aCeisqxrl8nvfM7_3P2PnIk9pao2NO5s4gyholrD2NxbiFAPowj0Coj98cExAM70pzc8prOe4S3mTFPgdkJcViBOnfAzE28cAw0DNW84L2r5RJrTxz3y4hD3dWxicwwgThOLGJ6IbHt_Fo9_QQrTwEwzafy5HEA4o&__tn__=-R

Dan seperti dijangka, penyenaraian Filip Nguyen di dalam skuad Republik Czech membuatkan kem Vietnam mempersoalkan status penjaga gol itu.

Filip akhirnya mendedahkan melalui media sosial sudah tidak sanggung menunggu selepas 3 tahun memohon kerakyatan Vietnam.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.