Rembatan James Tepat Ke Muka Lingard Jadi Bahan Gurauan

Manchester United mencipta satu lagi keputusan seri dalam aksi menentang Everton.

Everton di hadapan menerusi satu gol sendiri oleh Victor Lindelof. Ia agak kontroversi kerana David De Gea dikasari. Namun VAR mengesahkan gol tersebut.

Ole Gunnar Solskjaer ternyata bengang dengan keadaan itu dan mengkritik VAR dalam sidang media selepas perlawanan.

Menurut Solskjaer, David De Hea jelas sekalid dikasari dan tangan pemain lawan ada di bahu serta mukanya.

David De Gea turut memuat naik status sindiran kepada VAR menerusi twitter beliau.

Lindelof kini mencipta rekod yang tidak diingini dalam kariernya bersama Man United dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester United menunggu lewat, sehingga kemasukan Mason Greenwood memberikan mereka gol penyamaan.

Namun semalam berlaku dai insiden melibatkan birthday boy iaitu Jesse Lingard.

Daniel James mendapat peluang melakukan rembatan dari dalam kotak penalti.

Daniel James merembat terus. Namun rembatan itu terkena tepat pada muka Jesse Lingard.

James berusaha untuk mendpatkan gol bagi pasukannya. Namun malangnya ia terhadang oleh pemain sendiri.

Ada juga yang troll bahawa gol itu adalah hadiah harijadi untuk Jese Lingard.

Lingard menahan kesakitan dan terbaring di atas padang.

Daniel James dilihat tidak panik dengan keadaan Lingard. Malah beliau sendiri tersenyum. Mungkin bergurau kasar dengan birthday boy tersebut.

Petugas keselamatan pula dengan segera bergegas memberikan bantuan kepada pemain antarabangsa England itu.

Lingard kemudiannya dikeluarkan dalam aksi tersebut. Namun bukan kerana impak daripada insiden itu. Ianya kerana Solskjaer mahu menukar taktikal dengan memasukkan Juan Mata.

Di instagram ramai peminat Lingard yang mengucapkan selamat hari jadi dan bergurau menyuruh Lingard menikmati hadiah yang keras daripada Daniel James.

Semalam merupakan hari ke-27 untuk Jesse Lingard, pemain yang dianggap mimpi ngeri untuk Arsenal.

https://twitter.com/i/status/1206136816807624704

Β 

Lingard merupakan antara pemain kebanggaan akademi Manchester United. Beliau berjaya menempatkan dirinya di dalam pasukan senior dan menerima gaji lumayan.

Beliau juga pernah menjadi wira Man United dalam perlawanan final Piala FA menentang Crystal Palace.

Manchester United kini masih lagi dibezakan 4 mata daripada kedudukan 4 teratas. Mereka gagal merapatkan jurang sehingga 2 mata sahaja lagi.

Ini kerana Man United keciciran mata berhadapan dengan Everton, sehari selepas Chelsea tewas di tangan Bournemouth.

Manchester United berharap musim ini mereka akan dapat menamatkan saingan di empat teratas untuk kembali semula ke pentas UCL. Ia penting untuk sebuah pasukan besar seperti mereka kembali ke tempat yang sepatutnya mereka beraksi.

Selepas ini The Red Devils akan berhadapan dengan Colchester dalam saingan suku akhir Piala Carabao. United sebelum ini cemerlang menyingkirkan pasukan Chelsea.

Dan seterusnya Man United akan bertemu dengan Watford pada hujung minggu dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.