Kyle ‘Bugha’ Giersdorf, remaja yang berjaya menjadi jutawan dalam satu malam. Ini apabila beliau menjuarai kejohanan Piala Dunia Fornite yang berlangsung pada minggu lalu.
Remaja berusia 16 tahun dari Pennsylvania itu berjaya membawa pulang $3 juta bersamaan dengan RM12.38 juta. Beliau bukannya satu-satunya pemain e-sukan yang menerima cek besar pada Ahad lalu.
Setiap seorang 100 pemain yang mara ke Piala Dunia Fornite itu dijanjikan habuan mutlak $50,000 ataupun RM206 ribu. Anda bayangkan, pemain yang berada di tangga ke-5, acara solo, iaitu, Thiago “King” Lapp berjaya membawa pulang $900,000 ataupun sekitar RM3.7 juta, dan beliau baru berusia 13 tahun. Jika di Malaysia, baru tingkatan 1.

Difahamkan hadiah wang terkumpul dalam Piala Dunia Fortnite 2019 adalah $30 juta. Ianya rekod baharu dalam e-sukan. Jumlah itu sama dengan hadiah wang terkumpul ditawarkan dalam Piala Dunia Wanita FIFA 2019 yang lalu, yang diiktiraf paling tinggi dalam sejarah FWWC.
Bugha berjaya memenangi lebih 50% daripada apa yang Tiger Woods mememangi Master yang merupakan kejuaraan Major ke-15 beliau. Ketika itu Tiger Woods dihadiahka $2.07 juta.
Bulan hadapan, di venue yang sama berlangsungnya Piala Dunia Fortnite, akan berlangsungnya acara Fortnite Terbuka Amerika Syarikat. Juara acara perseorangan lelaki dan wanita akan membawa pulang $3.85 juta. Jumlah itu lebih tinggi daripada apa yang dimenangi oleh pemain tenis profesional yang memenangi Grand Slam.

Hadiah wang terkumpul kali ini dianggap paling ‘gila’ dalam sejarah e-sukan. Sekaligus membuatkan Fornite kini mulai mengatasi Dota 2 dari segi populariti. Ini kerana publisiti daripada kejohanan dengan hadiah $30 juta ini. Angka wang kemenangan terkumpul itu dijangka akan terus meningkat tahun hadapan. Pemenang acara berpasukan tahun lalu memenangi $11.2 juta.
Tetapi buat masa ini, Bugha adalah pemenang individu untuk hadiah wang tertinggi dengan $3 juta.
Pada anda yang mempunyai anak yang minat dengan permainan digital, bolehlah merancang masa depan mereka untuk menjadi juara Fortnite suatu hari nanti.