Rekod United Di Bawah Ole Kini Sangat Teruk

Manchester United mencatatkan satu lagi keputusan yang mengecewakan dalam kempen mereka. Kali ini dalam pertandingan Liga Europa menentang AZ Alkmaar, di mana mereka hanya mampu seri tanpa jaringan.

Anda bayangkan, pasukan yang diturunkan Ole menelan kos sekitar £249 juta, tanpa Paul Pogba, Harry Maguire dan Wan Bissaka.

Namun, kualiti pemain yang mereka ada masih belum cukup untuk membantu mereka menewaskan pasukan dari Belanda, AZ Alkmaar.

Manchester United kini mencipta beberapa rekod yang buruk dalam sejarah kelab mereka.

Dalam aksi menentang AZ Alkmaar, inilah pertama kalinya Manchester United gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat di pentas Europa League, dalam 25 perlawanan.

Mujur mereka tidak tewas dalam perlawanan ini, berterima kasih kepada kecemerlangan David De Gea yang menafikan beberapa percubaan gol pasukan lawan.

David De Gea, sudah biasa dengan aksi seperti ini dalam beberapa musim kebelakangan ini.

United cuba mencari inspirasi di atas padang, tanpa pemain berpengaruh seperti Paul Pogba, namun mereka gagal.

Seterusnya, pasukan yang dikenali dengan Syaitan Merah ini tidak begitu ‘syaitan’ di atas padang, apabila gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.

Ianya rekod terburuk yang mereka catatkan dalam tempoh 20 tahun.

Kali terakhir mereka menang di tempat lawan adalah ketika menang 3-1 ke atas Paris Saint-Germain, musim lalu, dalam saingan UCL.

Ini adalah rekod 10 perlawanan di tempat lawan terakhir Manchester United.

Kalah 2-0 vs Arsenal
Kalah 2-1 vs Wolves
Kalah 2-1 vs Wolves
Kalah 3-0 vs Barcelona
Kalah 4-0 vs Everton
Seri 1-1 vs Huddersfield
Seri 1-1 vs Wolves
Seri 1-1 vs Southampton
Kalah 2-0 vs West Ham
Seri 0-0 vs AZ Alkmaar

Manchester United selepas ini akan berhadapan dengan Newcastle United. Selepas minggu antarabangsa, mereka ada perlawanan besar berhadapan dengan Liverpool di Old Trafford.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.