Rekod Gol Dan Assist Smalling Lebih Baik Daripada Lingardinho

Chris Smalling merupakan pemain pertahanan yang kerap dikritik oleh penyokong Manchester United.

Beliau diberikan kontrak kecemasan sebelum ini untuk kekal semusim kerana ketika itu United gagal mendapatkan bek tengah baharu.

Tidak lama selepas itu Smalling diberikan kontrak 2 tahun lagi. Tetapi kemasukan Harry Maguire dan kepulangan semula Eric Baily dan Marcos Rojo daripada kecederaan membuatkan Smalling dipinjamkan keluar.

Smalling kemudian menyertai AS Roma secara pinjaman selama semusim. Di AS Roma, Smalling beraksi cemerlang dalam banyak perlawanan musim ini.

Beliau membantu Roma untuk berada di tangga ke-4 selepas 13 aksi dalam Serie A.

Malah dari sudut ancaman ke arah gol, beliau lebih baik daripada Jese Lingard yang digelar Lingardinho kerana skil dan kepantasannya persis legenda Brazil itu.

Lingard merupakan pemain penyerang sayap yang sangat dikenali di seluruh dunia. Selain daripada aktif di lapangan bola, beliau juga sangat aktif mendekatkan diri dan hidupnya dengan media sosial.

Lingard pernah berkolaborasi dengan Marcus Rashford dalam lagu Beans Beans Beans.

Lingard merupakan pemain kebangsaan England dan menjadi pemain penting Ole Gunnar Solskjer.

Tetapi, rekod sumbangan gol oleh Lingard, sama ada gol atau assist sangat teruk. Musim ini, setakat ini Lingard ditaapun oleh Chris Smalling dari segi gol dan assist.

Sedangkan Smalling merupakan pemain bek tengah. Dalam aksi Roma menentang Brescia semalam, Roma menang 3-0.

Smalling menjaringkan gol kedua beliau musim ini. Dan paling hebat, Smalling menyumbang secara langsung kepada 3 gol Roma tersebut dengan 1 gol dan 2 assist.

Lantas, hanya 1 malam beliau sudah mengatasi pencapaian  Lingardinho dengan 2 gol dan 2 assist setakat ini.

Tahun 2019, hanya sebulan lebih sahaja lagi nak berakhir. Namun Lingard terus dirundung kesuraman yang amat.

Lingard cemerlang ketika Solskjaer mengambil alih pada musim lalu. Namun musim ini masih tidak menunjukkan taringnya yang sebenar.

Beliau masih belum menjaringkan sebarang gol musim ini dan kehilangan tempat kepada pemain muda yang dibeli dari Swansea, Daniel James.

Kini Mason Greenwood menjaringkan lebih banyak gol daripada Lingard.

Ada beberapa penyokong Man United berikrar tidak akan merendah-rendahkan Smalling lagi selepas ini.

Dan ada yang ‘claim’ Smalling di kala beliau sedang cemerlang di Itali. Mereka berharap Smalling akan pulang dan membawa rentak cemerlang itu di Manchester United pada musim hadapan.

Ramai juga yang meminta agar Jese Lingard bangkit segera daripada prestasi beliau yang ada pada hari ini ataupun beliau bakal dijual pada perpindahan yang akan datang.

Smalling akan kembali semula ke Man United pada musim hadapan. Namun adakah beliau akan terus memberikan impak?

Ataupun Smalling memutuskan untuk meminta terus kekal di AS Roma?

Ada juga yang mulai risau, Smalling mungkin akan meminta untuk menyertai Jose Mourinho di Tottenham Hotspur selepas ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.