Paul Pogba dilaporkan yakin dan percaya bahawa beliau boleh melakukan lebih baik untuk Manchester United dan Real Madrid sudah pasti akan membuat tawaran untuk mendapatkannya musim panas ini.
Menurut laporan Sky Sport daripada Kaveh Solhekol telah mendedahkan pasukan gergasi dari Sepanyol Real Madrid, telah membuat tawaran £26 juta dan menawarkan James Rodriguez untuk mendapatkan pemain Antarabangsa Perancis Paul Pogba, pada musim panas tetapi ditolak United.
Kini khabar angin bertiup lagi apabila Real Madrid yakin akan mendapatkan Pogba dan Isco akan ditukar ganti dalam tawaran yang diberikan itu.
Walaupun demikian, beliau percaya pemain yang telah membantu Perancis memenangi Piala Dunia itu masih akan meninggalkan United.
🇫🇷 You're Paul Pogba.
Do you choose to:
🅰️ Move to Juventus
🅱️ Move to Real Madrid
🔴 Stay at Man United pic.twitter.com/F7iUwKx7ce— 90min (@90min_Football) February 11, 2020
Hal itu kerana Pogba sudah bosan dengan janji-janji palsu yang dibuat oleh pucuk pimpinan kelab itu.
“Langkah itu tidak berjaya dan saya percaya dia menyertai United di bawah prospektus palsu,” kata Solhekol.
“Dia sepatutnya menjadi sebahagian daripada pasukan baru yang akan memenangi semula gelaran dan mencabar Liga Juara-Juara.
“Dasarnya dia fikir dia boleh melakukan lebih baik daripada Manchester United dan apabila itu berlaku sudah tiba masanya untuk beliau terus maju.”
Paul Pogba at his Real Madrid unveilingpic.twitter.com/1YeCtEj2bu
— ManUtd FC (@helpmanutd) February 5, 2020
Pemain berusia 26 tahun itu hanya tampil dalam lapan perlawanan untuk ‘The Red Devils’ musim ini apabila United sekadar menduduki tangga kelapan dalam carta Liga Perdana.
“United meletakkan tanda harga £ 150 juta untuk Pogba pada musim panas lalu dan tidak mungkin Real Madrid akan membayar begitu banyak. ketika jendela perpindahan lalu, mereka menghabiskan hampir £ 300 juta untuk mendapatkan pemain seperti Eden Hazard, Luka Jovic, Eder Militao dan Ferland Mendy.
“Real Madrid akhirnya membuat tawaran lagi dengan menawarkan £ 26 juta ditambah James Rodriguez yang ditolak oleh United.
Real Madrid are prepared to include Isco as part of a bid for Manchester United midfielder Paul Pogba, according to El Desmarque. pic.twitter.com/abB0ulhvsg
— Madridista-Swedeninho (@MadridstaLoco) February 11, 2020
“Madrid akan kembali mencuba untuk mendapatkan Pogba pada musim panas ini, di mana dia hanya akan bertahan setahun dalam kontrak Old Trafford, walaupun United mempunyai pilihan untuk tidak memperpanjang masa 12 bulan lagi.
“Usianya akan menjadi 27 bulan depan, dan tidak ada petunjuk bahawa dia akan bersedia menandatangani kontrak yang baru di Old Trafford.
Real Madrid 'offer' Isco as part of Pogba deal #mufc https://t.co/u6bZwdQuuI
— Man United News (@ManUtdMEN) February 12, 2020
Menurut sumber Solhekol, mereka menganggap apa yang difikirkan dan dirancang oleh Real masuk akal dan Pogba pasti akan meninggalkan United Musim panas nanti.
“Itulah sebabnya masuk akal bagi United untuk menjual Pogba pada musim panas ini.
“Dia akan berusia 27 tahun, dia akan mempunyai dua tahun lagi dalam kontraknya dan dia adalah pemain yang sudah memenangi Piala Dunia dan akan bermain untuk Perancis di pentas EURO pula.”
Sebelum United bakal kehilangan beliau dengan tidak mendapat apa-apa lebih baik United memikirkan tawaran yang dilakukan oleh Madrid.