Gareth Bale telah disingkirkan dari Real Madrid dan tidak akan dibenarkan lagi untuk kembali walaupun Tottenham Hotspur menolak untuk menandatangannya secara tetap.
Pemain kebangsaan Wales itu kembali menyertai Tottenham Hotspur sebagai pemain pinjaman selama satu musim awal tahun lalu, namun beliau dilihat sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya.
Bale hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam saingan premier league dan pihak pengurusan kelab dilaporkan sangat kecewa dengan sumbangannya.
Gareth Bale is only out on loan from his parent club Real Madrid, but things have taken one final nasty turn… 👋 https://t.co/5AFH3LLYTE
— SPORTbible (@sportbible) December 30, 2020
Namun, apa yang pasti, Bale tidak akan kembali ke kota Sepanyol dek kerana Defensa Central mendakwa bahawa Madrid sama sekali tidak berminat untuk mendapatkan khidmatnya semula.
Keputusan telah dibuat dan Bale tidak akan dibenarkan untuk sertai mana-mana sesi latihan andai beliau mahu kembali, dengan pengurus, Zinedine Zidane dan president kelab, Florentino Perez bersetuju dengan hal tersebut.
Los Blancos turut menyatakan kebimbangan mereka andai Spurs bersetuju untuk menandatangani pemain berusia 31 tahun itu sebagai pemain tetap, dengan aksi hambar yang beliau pamerkan.
Gareth Bale ruled out for a 'few weeks' with calf issue as Tottenham star suffers ANOTHER injury setback https://t.co/9UE2aYMYQV
— MailOnline Sport (@MailSport) December 29, 2020
Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengesahkan bahawa Bale kini terpaksa diketepikan kerana mengalami masalah kecederaan ketika dalam aksi pertemuan bertemu Stoke City.
“Tidak, saya tidak menjangkakan Gareth akan cergas.”
Jelas beliau kepada Goal.
“Saya tidak akan mengatakan bahawa ia kecederaan yang parah, tapi saya boleh katakan dia bakal berehat dalam tempoh beberapa minggu.”
Bale kini digunakan sebagai pemain gantian dalam sistem Mourinho dan legenda kelab, Glenn Hoddle berfikir bahawa bintang Madrid itu harus berusaha lebih untuk berjaya.
Gareth Bale to miss ‘a few weeks’ of action for Tottenham in latest fitness setback https://t.co/6TQHn4XHj6 #THFC #COYS
— Indy Football (@IndyFootball) December 29, 2020
“Saya selalu katakan ketika dia kembali saya tidak fikir kita boleh mengharap akan dapat melihat Gareth Bale yang dulu meninggalkan kelab atau capai apa yang berjaya beliau capai semasa bersama Real Madrid.”
Jelas bekas pengurus pasukan kebangsaan England itu kepada Evening Standard.
“Jangan pernah lupa bahawa dia bukan bermain bersama pasukan utama Spurs. Jose Mourinho tidak nampak dia betul-betul bersedia dan saya juga nampak hal yang sama dari dia.”
“Gareth masih ada masa untuk kembali cergas dan memperbaiki aksinya, jadi saya tidak fikir ini saja kemampuan dia sekarang. Ia masalah mental yang dia alami sekarang.”
Gareth Bale slammed amid Tottenham struggles as Zinedine Zidane decision proved correcthttps://t.co/wJEfD5uvoQ
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 30, 2020
“Dia perlu untuk paksa diri dia lagi, baik dari fizikal mahupun mental, dan dia boleh jadi seperti seorang pemain baru yang bersedia untuk sertai skuad Tottenham.”
“Dia baru saja kembali ke tempat yang sepatutnya dan dia harus sedikit lebih berusaha, ‘Akulah orangnya, kamu harus memberi bola kepada saya.’
“Gareth tidak akan berlari untuk menewaskan empat atau lima pemain seperti biasa, tapi saya rasa dia boleh buat. Dia ada pemain yang hebat untuk suap bola padanya. Dia perlukan masa untuk bina kesefahaman dengan Harry Kane dan Son Heung Min.”
How Gareth Bale's form at Spurs has Real Madrid concernedhttps://t.co/dGhSCmTHfL
— AS English (@English_AS) December 28, 2020
“Satu hal kurang dalam skuad Tottenham adalah, mereka kekurangan kreativiti. Mereka tak ada seorang yang kreatif. Kepulangan semula Gareth Bale satu hal yang sensasi. Tapi dia perlu tunjukkan sesuatu yang lebih.”